Connect with us

Antarabangsa

Kem etnik Uyghur dijadikan penjara, tahanan dikenakan hukuman panjang

Kebanyakan kem Uyghur di Xinjiang, China kini ditukar kepada penjara rasmi dan tahanan dikenakan hukuman penjara panjang, lapor majalah Foreign Affairs yang berpangkalan di AS.

Wartawan TMT

Published

on

Kem etnik Uyghur dijadikan penjara, tahanan dikenakan hukuman panjang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kebanyakan kem Uyghur di Xinjiang, China kini ditukar kepada penjara rasmi dan tahanan dikenakan hukuman penjara yang panjang.
  • Bertopengkan kempen pembasmian kemiskinan, Beijing memaksa puluhan ribu orang Uyghur luar bandar keluar dari kampung mereka dan masuk ke kilang.
  • Parti Komunis China (PKC) mengkritik dan menyekat penggunaan bahasa Uyghur, melarang amalan Islam; memusnahkan masjid, kuil, dan tanah perkuburan; menulis semula sejarah menafikan panjang umur budaya Uyghur dan keistimewaannya daripada budaya Cina; dan kesusasteraan orang asal dikeluarkan daripada buku teks.

BEIJING –  Kebanyakan kem Uyghur di Xinjiang, China kini ditukar kepada penjara rasmi dan tahanan dikenakan hukuman penjara panjang, lapor majalah Foreign Affairs yang berpangkalan di AS.

Menurut Foreign Affairs, ramai tahanan dipindahkan dari kem ke kilang di Xinjiang atau tempat lain di negara ini, malah beberapa keluarga Uyghur di luar negara melaporkan saudara-mara mereka sudah pulang, namun menjadi tahanan dalam rumah.

Bertopengkan kempen pembasmian kemiskinan, Beijing memaksa puluhan ribu etnik Uyghur luar bandar keluar dari kampung mereka dan masuk ke kilang.

Parti Komunis China (PKC) mengkritik dan menyekat penggunaan bahasa Uyghur, melarang amalan Islam; memusnahkan masjid, kuil, dan tanah perkuburan; menulis semula sejarah menafikan panjang umur budaya Uyghur dan keistimewaannya daripada budaya Cina; dan kesusasteraan orang asal dikeluarkan daripada buku teks.

Infrastruktur kawalan yang menjadikan selatan Xinjiang kelihatan seperti zon perang beberapa tahun lalu, kepolisan mengganggu, rondaan tentera dan pusat pemeriksaan, kini kurang kelihatan.

Ini kerana sistem pengawasan digital berdasarkan telefon mudah alih, pengecaman muka, pangkalan data biometrik, kod QR dan alat lain yang mengenal pasti dan lokasi geo populasi mengambil alih dan terbukti keberkesannya dalam memantau dan mengawal penduduk setempat.

Seorang lelaki Uyghur, Jamal dalam temu bual baru-baru ini dengan rangkaian radio Voice of America (VOA) yang berpangkalan di Washington D.C. berkata, dasar China mengenai pasport di Xinjiang adalah tidak membenarkan sesiapa melintasi sempadan dan memastikan semua orang kekal di dalam wilayah itu, lapor Geneva Daily berpengkalan di Switzerland.

Jamal dalam temu bual itu menjelaskan China tidak mengeluarkan pasport baharu kepada Uyghur serta perkara itu tidak dimaklumkan kepada media sekalipun selepas meninggalkan China berikutan etnik Uyghur takut akan tindak balas pihak berkuasa China.

Sumber : NDTV

 

 

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending