Connect with us

Terkini

Fahmi nafi dakwaan arah RTM ‘gam’ tiga Menteri Besar PN

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan sebuah hantaran tular yang mendakwa beliau mengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk ‘gam’ sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Fahmi-nafi-dakwaan-arah-RTM-‘gam-tiga-Menteri-Besar-PN-2
Foto: Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata akan ambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab sebarkan hantaran tersebut di media sosial.
  • Pada Sabtu, tular sebuah hantaran mendakwa bahawa Fahmi arahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak siarkan sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar dari Perikatan Nasional (PN).
  • Hantaran itu juga mendakwa wartawan-wartawan media organisasi berkenaan dibenarkan buat liputan terhadap ketiga-tiga Menteri Besar terbabit namun bahan berita tersebut tidak disiarkan.

SHAH ALAM – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan sebuah hantaran tular yang mendakwa beliau mengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk ‘gam’ sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN).

Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan hantaran tersebut di media sosial.

“Fitnah. Saya akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah ini,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Pada Sabtu, tular sebuah hantaran yang mendakwa bahawa Fahmi mengarahkan RTM supaya tidak menyiarkan sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada PN.

Hantaran tersebut turut mendakwa tindakan ‘gam’ individu-individu tersebut berikutan tindak balas terhadap kelantangan Menteri Besar Kedah yang mengkritik Fahmi dan menteri.

Selain itu, hantaran itu juga mendakwa wartawan-wartawan untuk media organisasi berkenaan dibenarkan membuat liputan terhadap ketiga-tiga Menteri Besar terbabit namun bahan berita tersebut tidak disiarkan.

Sumber: Sinar Harian

 

Author