Connect with us

Terkini

Al tidak dapat ganti wartawan di lapangan – Fahmi

Kecerdasan buatan (AI) bukan pengganti manusia, sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk menjana kreativiti di lapangan tertentu terutama dalam bidang kewartawanan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Kecerdasan buatan (AI) bukan pengganti manusia, sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk menjana kreativiti di lapangan tertentu terutama dalam bidang kewartawanan.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ketika ini Al belum memungkinkan pengamal media untuk berkarya menggunakan teknologi itu bagi menghasilkan laporan berita atau mencatatkan peristiwa yang berlaku.
  • “Saya tidak lihat pada waktu ini keupayaan Al mampu mengganti tugas wartawan dalam membuat liputan, sebagai contoh hari ini (semalam) yang merakam untuk laporan di lapangan namun ada beberapa aspek penggunaan Al yang boleh dimanfaatkan contohnya menghasilkan papan cerita,” katanya pada majlis perasmian program Jejak Panda oleh foodpanda Malaysia di Pantai Dalam di sini pada Selasa.
  • “Sama juga ia tidak boleh sepenuhnya menggantikan pereka grafik, kalau tidak masakan sebuah syarikat pengiklanan menghasilkan satu poster yang ada tiga menara berkembar, yang jika dicipta oleh seorang pereka, ini tidak akan berlaku,” kata Fahmi.

KUALA LUMPUR — Kecerdasan buatan (AI) bukan pengganti manusia, sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk menjana kreativiti di lapangan tertentu terutama dalam bidang kewartawanan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ketika ini Al belum memungkinkan pengamal media untuk berkarya menggunakan teknologi itu bagi menghasilkan laporan berita atau mencatatkan peristiwa yang berlaku.

“Saya tidak lihat pada waktu ini keupayaan Al mampu mengganti tugas wartawan dalam membuat liputan, sebagai contoh hari ini (semalam) yang merakam untuk laporan di lapangan, namun ada beberapa aspek penggunaan Al yang boleh dimanfaatkan contohnya menghasilkan papan cerita,” katanya pada majlis perasmian program Jejak Panda oleh foodpanda Malaysia di Pantai Dalam di sini pada Selasa.

Belau berkata sebagai contoh, ketika ini karya-karya sama ada pendek atau penuh yang menggunakan teknologi itu masih belum memungkinkan ia berfungsi seperti watak sebenar.

“Sama juga ia tidak boleh sepenuhnya menggantikan pereka grafik, kalau tidak masakan sebuah syarikat pengiklanan menghasilkan satu poster yang ada tiga menara berkembar, yang jika dicipta oleh seorang pereka, ini tidak akan berlaku.

“Al ada kelebihan dan kekurangan, Al bukan pengganti manusia,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial papan iklan digital janaan Al memaparkan Menara Berkembar Petronas sebagai mempunyai tiga menara, bukannya dua yang difahamkan dipasang bagi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields sempena Bulan Kebangsaan di Desa Sri Hartamas di sini. — BERNAMA

Author

Terkini

Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53.
  • Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
  • Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
  • Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
  • Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
  • Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.

Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.

Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.

Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.

Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.

Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending