Terkini
Media jangan petik ‘sumber’ tidak sahih, perlu lebih bertanggungjawab – Ketua Polis Negara
Semua pihak khususnya pengamal media diminta lebih bertanggungjawab dengan tidak menyiarkan berita tidak diketahui atau diragui kesahihannya.
- “Perkembangan teknologi menyebabkan wujudnya pelbagai media, termasuk portal sehingga mungkin berlaku persaingan ‘siapa’ keluar berita dahulu atau sebagainya.
- “Bagaimanapun, kita menasihatkan orang ramai, terutama pihak media bagi memastikan berita yang dilaporkan daripada pihak yang berkaitan membabitkan sesuatu isu dan bukannya memetik ‘sumber’ yang tidak tahu sahih atau tidak.
- “Hal ini banyak berlaku kebelakangan ini, mengambil contoh kes pembunuhan Nur Farah Kartini dan terbaharu isu yang menyentuh pengurusan serta dalaman PDRM,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dipetik media tempatan pada Rabu.
- Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan menyiarkan laporan didakwa diperoleh daripada sumber mengenai wujudnya rancangan rombakan besar-besaran kepimpinan tertinggi PDRM, dengan beberapa pegawai kanan dijangka dipindahkan keluar daripada agensi itu
- Razarudin pada Selasa bagaimanapun menegaskan spekulasi itu sebagai “tidak benar” dan menasihatkan semua pihak tidak memetik sebarang sumber tidak rasmi, terutama membabitkan pasukan keselamatan dan agensi kerajaan.
KUALA LUMPUR — Semua pihak khususnya pengamal media diminta lebih bertanggungjawab dengan tidak menyiarkan berita tidak diketahui atau diragui kesahihannya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengakui perkembangan pesat teknologi menyebabkan timbul persaingan dan mendorong media menyiarkan laporan semasa secara lebih pantas, namun ia tidak seharusnya melangkaui sempadan etika kewartawanan.
“Perkembangan teknologi menyebabkan wujudnya pelbagai media, termasuk portal sehingga mungkin berlaku persaingan ‘siapa’ keluar berita dahulu atau sebagainya.
“Bagaimanapun, kita menasihatkan orang ramai, terutama pihak media bagi memastikan berita yang dilaporkan daripada pihak yang berkaitan membabitkan sesuatu isu dan bukannya memetik ‘sumber’ yang tidak tahu sahih atau tidak.
“Hal ini banyak berlaku kebelakangan ini, mengambil contoh kes pembunuhan Nur Farah Kartini dan terbaharu isu yang menyentuh pengurusan serta dalaman PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya dipetik media tempatan di sini pada Rabu.
Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan menyiarkan laporan didakwa diperoleh daripada sumber mengenai wujudnya rancangan rombakan besar-besaran kepimpinan tertinggi PDRM, dengan beberapa pegawai kanan dijangka dipindahkan keluar daripada agensi itu
Razarudin pada Selasa bagaimanapun, menegaskan spekulasi rombakan tersebut, yang memetik sumber, sebagai “tidak benar” dan menasihatkan semua pihak supaya tidak memetik sebarang sumber tidak rasmi, terutama membabitkan pasukan keselamatan dan agensi kerajaan.
Susulan itu juga polis memaklumkan membuka siasatan berhubung laporan portal dalam talian berkenaan yang menyiarkan berita dengan memetik sumber mengenai rombakan besar-besaran kepemimpinan tertinggi polis.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada Februari 2023 dilaporkan mempertahankan hak agensi media menyiarkan berita memetik sumber dalam laporan tertentu.
Fahmi berkata tiada sebarang larangan atau sekatan akan dikenakan dalam isu laporan berita yang memetik sumber kerana beliau memahami wartawan dan media berhak melindungi keselamatan individu yang memberi maklumat kepada mereka.
Bagaimanapun, beliau menegaskan kebebasan itu tetap tertakluk kepada undang-undang dan mana-mana laporan tidak benar dan berunsur fitnah tetap akan diambil tindakan.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata sekiranya berita dilaporkan didapati berunsur khianat atau fitnah, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Beliau berkata antara tindakan boleh diambil adalah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.
Di bawah Seksyen 233 AKMM, mereka yang berkenaan boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah. — The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel