Connect with us

Terkini

COVID-19: Kerajaan wajar tutup semula pintu sempadan negara – Pakar Kesihatan Awam

Penularan pantas beberapa subvarian baharu COVID-19 yang dikesan di beberapa buah negara sudah tentu membangkitkan kebimbangan masyarakat negara ini terutama dengan jangkaan kehadiran pelancong dari China dalam jumlah besar ke Malaysia berikutan pembukaan sempadan negara itu sejak 8 Januari lepas.

Wartawan TMT

Published

on

COVID-19: Kerajaan wajar tutup semula pintu sempadan negara - Pakar Kesihatan Awam
Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Penularan pantas subvarian baharu COVID-19 dikesan di beberapa buah negara menjadi kebimbangan rakyat terutama dengan kehadiran pelancong dari China dalam jumlah besar berikutan pembukaan sempadan negara itu.
  • Situasi berkenaan, membuat rakyat mendesak kerajaan mengambil langkah wajar bagi memastikan pelancong patuh dengan SOP dan arahan ditetapkan agar COVID-19 dapat dikekang.
  • Menurut pakar kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun, kerajaan wajar mempertimbangkan penutupan semula pintu sempadan negara kerana langkah itu dapat membendung subvarian baharu yang sedang menular pantas.
  • “Melakukan saringan COVID-19 ke atas pelancong luar adalah langkah kawalan sedia ada dan ia telah pun dibuat sebelum ini dan saya berpandangan ia perlu ada penambahbaikan.”- Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun.

KUALA LUMPUR: Penularan pantas beberapa subvarian baharu COVID-19 yang dikesan di beberapa buah negara sudah tentu membangkitkan kebimbangan masyarakat negara ini terutama dengan jangkaan kehadiran pelancong dari China dalam jumlah besar ke Malaysia berikutan pembukaan sempadan negara itu sejak 8 Januari lepas.

Negara tanah besar China itu berhadapan gelombang besar COVID-19 akibat varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

Laporan terkini menyebut di Henan (wilayah ketiga paling padat di China) sahaja, hampir 90 peratus penduduknya iaitu sekitar 88.5 juta daripada jumlah penduduk seramai 99.4 juta, dijangkiti COVID-19.

Di samping itu, Amerika Syarikat dan Eropah kini bergelut dengan lonjakan kes COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron, XBB.1.5 yang dikenali dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19.

Susulan kepada situasi berkenaan, banyak pihak mendesak kerajaan Malaysia mengambil langkah wajar yang lebih serius bagi memastikan kesemua pelancong patuh dengan Standard Prosedur Operasi (SOP) dan arahan ditetapkan bagi memastikan virus pembawa penyakit berjangkit COVID-19 itu dapat dikekang penularannya.

TUTUP PINTU SEMPADAN?

Mengulas mengenai isu ini, pakar kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan penutupan semula pintu sempadan negara kerana ia adalah langkah terbaik yang boleh dilaksanakan ketika ini bagi membendung subvarian baharu yang sedang menular pantas.

Beliau berpandangan, cadangan kerajaan memperketatkan saringan COVID-19 di pintu masuk sempadan negara tidak dijamin selamat dan negara perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sehingga memaksa kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, kes pertama COVID-19 (sebelum ini dikenali sebagai 2019-nCOV) dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

“Melakukan saringan COVID-19 ke atas pelancong luar adalah langkah kawalan sedia ada dan ia telah pun dibuat sebelum ini dan saya berpandangan ia perlu ada penambahbaikan.

“Menteri Kesihatan juga perlu uar-uarkan kepada orang awam apa solusi terbaik yang akan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan pelancong yang positif virus COVID-19 lolos masuk ke negara ini,” katanya kepada Bernama.

Menurut Dr Hanafiah lagi, kerajaan seharusnya merangka mekanisme terbaik menangani penularan COVID-19 bagi menjamin keselamatan rakyat selain memastikan tidak berlakunya lonjakan kes sehingga mengakibatkan sekatan pergerakan sepertimana sebelum ini.

“Setakat ini, saya tidak nampak sebarang inisiatif terbaharu yang akan dibuat Kerajaan Perpaduan sekiranya kes naik mendadak susulan kewujudan pelbagai varian baharu COVID-19 di beberapa negara luar termasuk China.

“Pastinya rakyat tertunggu-tunggu apakah jaminan ditawarkan kerajaan sekiranya jumlah kes naik mendadak berpunca daripada kes import memandangkan mereka bimbang sekiranya terpaksa berdepan lagi dengan PKP, ” katanya.

Pada Rabu lepas (4 Januari), jemaah menteri memutuskan untuk tidak menguatkuasakan sekatan pelancong asing dari negara tertentu di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara dan susulan itu kerajaan akan memperketatkan kawalan sedia ada di pusat Imigresen.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Isnin (9 Januari) berkata, SOP kemasukan pelancong asing di semua pintu masuk antarabangsa adalah kekal dan sebarang keputusan mengenai SOP baharu hanya akan dibuat berdasarkan data terkini COVID-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak menjangkakan berlaku lonjakan kes baharu COVID-19 semasa musim perayaan ini.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman setelah sempadan negara dibuka semula pada 1 April 2022 iaitu pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Krismas telah dilalui serta rakyat Malaysia kembali dari tanah suci, malah ketika Pilihan Raya Umum ke-15, tidak berlaku lonjakan kes.

“Pengalaman kita pada 1 April lepas, pada permulaan kita tidak yakin kes dapat dikawal dengan baik tapi ternyata tempoh masa lebih lapan bulan telah menunjukkan kes dapat dikawal dengan baik walaupun dah buka semua sempadan, semua sektor dan membenarkan semua perayaan dan perhimpunan,” katanya dalam Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan Bersama Media di Kuala Lumpur semalam (10 Januari).

Beliau menambah, kes baharu COVID-19 dalam negara menunjukkan trend penurunan iaitu kurang 500 kes baharu dicatatkan setiap hari dalam tempoh dua minggu lepas, berbanding antara 3,000 ke 4,000 kes beberapa bulan sebelum ini.

Beliau berkata vaksin yang digunakan juga dilihat masih mampu memberi perlindungan daripada jangkitan COVID-19.

RUJUK PENGALAMAN TERDAHULU

Bagi pensyarah Pusat Sains Liberal Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof, beliau berpandangan, walaupun tiada langkah drastik diambil buat masa ini berikutan jangkitan kes masih lagi terkawal, namun Kerajaan Perpaduan masih melihat virus COVID-19 sebagai ancaman kesihatan.

Pengalaman kerajaan terdahulu menangani COVID-19 pastinya akan digunakan sebaik mungkin kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memutuskan tindakan sesuai membendung wabak berkenaan.

“Malaysia setakat ini menunjukkan trend jangkitan yang masih rendah sekitar 300 ke 500 kes harian berbanding tahun lepas (2022). Kes harian baharu COVID-19 negara pernah merekodkan kes harian melebihi 33,000.

“Kritikaliti kerajaan waktu ini tidak sama ketika kes harian mencecah puluhan ribu kes. Sekiranya ada pihak melihat kerajaan baharu tidak komited atau tidak serius menangani COVID-19 adalah tidak tepat kerana langkah agresif akan diambil kerajaan berdasarkan indikator tertentu yang digunakapakai sebelum ini apabila kes menunjukkan semakin serius,” katanya.

Namun begitu katanya, memutuskan pelaksanaan PKP bukan satu jalan penyelesaian muktamad, sebaliknya langkah pencegahan awal adalah solusi tepat bagi mengekang jangkitan virus berkenaan.

Menurut Muhammad Izmer, langkah pencegahan itu termasuk kembali mengamalkan SOP seperti pemakaian pelitup muka, basuh tangan secara kerap serta pengambilan vaksin dan dos penggalak COVID-19.

”Kerajaan juga perlu kerap memberikan maklumat berhubung situasi terkini COVID-19 selain sentiasa memberikan peringatan kepada rakyat untuk menjaga kesihatan kendiri.

”Vaksinasi juga penting meskipun masih ada kes jangkitan tetapi kematian akibat virus itu bukan lagi isu utama kerana ramai yang dijangkiti berada pada tahap satu dan dua sahaja kerana kebanyakannya lengkap divaksin,” katanya.

KAJIAN VAKSIN

Menyentuh mengenai keberkesanan vaksin, Dr Hanafiah pula menyarankan agar kerajaan melakukan kajian lebih terperinci mengenainya bagi mengembalikan keyakinan rakyat mengambil vaksin sebagai perlindungan daripada jangkitan virus tersebut.

Ini berikutan peratusan individu yang mengambil dos penggalak berada pada tahap kurang memberansangkan walaupun orang ramai boleh hadir tanpa janji temu di beberapa klinik swasta.

Setakat ini, hanya 49.8 peratus rakyat negara ini mendapatkan vaksin dos penggalak pertama dan 1.9 peratus sahaja sudah mengambil dos kedua.

“Seperti kita maklum vaksin ini sebagai perlindungan, meskipun mereka yang divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID-19 tetapi ia mengurangkan kesan jangka panjang jangkitan itu.

” Bagi saya kajian dalaman perlu dibuat untuk melihat tahap keberkesanan vaksin sekali gus mengambil kira kebimbangan rakyat mengenai kesan sampingannya selain pihak berkenaan perlu turun padang dan ambil maklum balas kenapa mereka yang mengambil vaksin sebelum ini tidak mendapatkan dos penggalak sebagai perlindungan seterusnya,” katanya sambil menambah, kebanyakan golongan dewasa tidak mahu mengambil dos penggalak kerana dilihat tiada keperluan.

 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending