Connect with us

Antarabangsa

Wanita hamil diserang aktivis transgender dalam insiden tunjuk perasaan di Jerman

Seorang wanita hamil enam bulan yang menghadiri acara kritikan industri seks diserang aktivis transgender di Jerman dalam satu insiden tunjuk perasaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wanita hamil diserang aktivis transgender dalam insiden tunjuk perasaan di Jerman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Marie, wanita yang hamil enam bulan itu diserang kumpulan transgender ketika dia cuba meninggalkan  Pusat Kebudayaan Pulau Conne di Leipzig.
  • Kumpulan itu terdiri daripada kira-kira 40 individu berpakaian hitam, berusaha untuk menghalang pelawat daripada masuk.
  • Semasa wanita malang itu ditolak, dia cuba memberitahu aktivis transgender bahawa dia hamil untuk menghentikan perbuatan agresif mereka.
  • Tetapi mereka tidak menghentikan serangan itu dan salah seorang penunjuk perasaan sengaja menghembus asap rokok ke mukanya.

 

SAXONY – Seorang wanita hamil enam bulan yang menghadiri acara kritikan industri seks diserang aktivis transgender di Jerman dalam satu insiden tunjuk perasaan.

Kumpulan itu terdiri daripada kira-kira 40 individu berpakaian hitam, berusaha untuk menghalang pelawat daripada masuk dan ada menyerang penonton secara fizikal.

Menurut Marie, salah seorang rakan lelakinya disembur lada di muka oleh seorang aktivis transgender berpakaian serba hitam.

Malah, seorang wanita hamil enam bulan tidak terlepas daripada rusuhan itu dan diserang ketika dia cuba meninggalkan kawasan itu.

Semasa wanita malang itu ditolak, wanita itu cuba memberitahu aktivis transgender bahawa dia hamil dalam usaha untuk menghentikan perbuatan agresif mereka. 

Bagaimanapun, mereka tidak menghentikan serangan itu dan salah seorang penunjuk perasaan sengaja menghembus asap rokok ke mukanya serta mengintainya dengan cara yang menakutkan ketika dia melarikan diri ke arah keretanya.

Program itu bertempat di Pusat Kebudayaan Pulau Conne di Leipzig dan menampilkan pengarang komunis Jörg Finkenberger, bertujuan untuk mengkritik penerimaan kumpulan sayap kiri politik terhadap industri seks dan penindasan terhadap feminis yang mengkritik ideologi jantina.

Kenyataan daripada Sisters, sebuah organisasi yang menyokong wanita dalam perdagangan seks yang ingin keluar, turut diedarkan semasa ceramah itu. 

Sisters sebuah organisasi yang menyokong wanita dalam perdagangan seks mempromosikan perundangan yang biasanya dirujuk sebagai “Model Nodic”.

Ia menghukum pelanggan seks dalam usaha untuk mengurangkan permintaan pemerdagangan seks.

Akibatnya, kumpulan transgender Linksjugend Leipzig Ost menghimpunkan penyokongnya untuk memprotes di luar kawasan itu atas dasar “transfobia” dan “permusuhan pekerja seks.”

Menurut laporan saksi, ahli kumpulan itu menyekat pintu masuk ke bangunan sambil menjerit kata-kata kasar “TERFs” iaitu istilah menghina wanita mengkritik ideologi jantina.

Wanita juga dihina sebagai “SWERF”, satu penghinaan yang digunakan transgender untuk merendahkan mereka yang mengkritik industri seks. 

 

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *