Connect with us

Terkini

Tumbesaran kanak-kanak Palestin lebih baik daripada Malaysia – Ahli Parlimen Tumpat

Lebih 20 peratus rakyat Malaysia termasuk dalam kategori terbantut berikutan mengamalkan pemakanan tidak berkhasiat.

Hidayah Sani

Published

on

Tumbesaran kanak-kanak Palestin lebih baik daripada Malaysia - Ahli Parlimen Tumpat
Foto: Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi.
  • Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi berkata perkara itu dimaklumkan oleh doktor pakar kepadanya pada tahun lalu, berkenaan isu terbantut melibatkan rakyat Malaysia.
  • Beliau berkata, isu terbantut di Malaysia bukanlah disebabkan tidak makan namun ia kerana mereka mengamalkan pemakanan tidak berkhasiat.
  • “Jadi dalam hal ini apabila saya bertanya pada doktor pakar dia kata jika kita makan makanan tidak berkhasiat bukan sekadar tubuh terbantut tapi otak juga. Ini menakutkan saya.”
  • Misi beliau di negeri itu adalah tukar kaedah pemakanan masyarakat di sini, termasuk reformasi untuk gaya hidup dan nutrisi.

TUMPAT – Lebih 20 peratus rakyat Malaysia termasuk dalam kategori terbantut berikutan mengamalkan pemakanan tidak berkhasiat.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi berkata perkara itu dimaklumkan oleh doktor pakar kepadanya pada tahun lalu, berkenaan isu terbantut melibatkan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, isu terbantut di Malaysia bukanlah disebabkan tidak makan namun ia kerana mereka mengamalkan pemakanan tidak berkhasiat.

Tambahnya, Palestin sendiri sebagai negara bergolak mempunyai kadar terbantut sebanyak 4.9 peratus kerana mereka mengamalkan minum susu, keju iaitu makanan berkhasiat.

Foto: Perbandingan kadar kebantutan di Malaysia dengan negara lain.

“Jadi dalam hal ini apabila saya bertanya pada doktor pakar dia kata jika kita makan makanan tidak berkhasiat bukan sekadar tubuh terbantut tapi otak juga. Ini menakutkan saya.

“Jadi bagi peringkat kerajaan negeri saya ingat nak beri bekalan susu kepada anak-anak ini sebab ramai yang minum susu di waktu kecil namun bila sudah besar mereka tidak minum lagi.

“Kalau kita dapat 100 kanak-kanak kita bagi susu setiap bulan bagi satu tin ia akan membantu kerana saya tak nak mereka terbantut.

“Isu ini pada asalnya mereka bermain bola jaring yang di mana pihak terlibat berkata mereka (pemain) bagus bermain namun isunya tidak ramai tinggi. Dia kata sini ramai budak-budak aktif tapi tinggi tak sampai tak cukup size dia kata kemungkinan sebab terbantut. 

“Jadi makna kata kalau dia aktif tapi makan tak cukup berkhasiat, dia tetap tak sampai tumbesaran, saya kata kalau macam ini masalah kepada negara dan negeri Kelantan lah,” kata beliau pada Sabtu ketika ditemui di kediamannya.

Beliau yang juga merupakan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan berkata bahawa misi beliau di negeri itu adalah untuk tukar kaedah pemakanan masyarakat di sini, termasuk reformasi untuk gaya hidup dan nutrisi.

 

Bagaimanapun, katanya misi tersebut akan berjalan sekiranya ibu bapa faham akan kepentingannya.

Ini berikutan, jika cara pemakanan tidak diubah dan tidak betul ia akan memberi kesan kepada mereka hingga menyebabkan penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, stress.

Tambahan lagi, katanya di sini geografinya penuh dengan makanan.

“Pengalaman seorang guru cemerlang di Kelantan dapat award banyak di sekolah Zainab dia bertugas tapi apabila kementerian tidak puas hati kerja dia bagus so mereka pindahkan individu ini ke Tanah Merah di sekolah kampung.

“Dia pergi sana tengok, lihat murid-murid di sana tidak beri perhatian bila di check kerana lapar tak makan pagi so cikgu itu pun tukar kelas pertama setiap hari dia akan bagi sandwich atau sardin rolls jadi kelas dia penuh semua datang awal sebab ada makanan dan pencapaian English kelas tersebut naik 100 peratus dapat anugerah perdana menteri.

“Jadi selesai dengan hanya modal tiga ringgit sahaja beli roti Gardenia buat sandwich bagi untuk 40 orang makan potong dua dan pencapaian budak-budak naik sebab mereka tak makan pagi mereka makan jam 10 jadi pencapaian otak itu jadi slow,” kata beliau.

Katanya, sekiranya perkara itu dapat direalisasikan kita bakal melihat hasilnya dalam 10 tahun akan datang apabila gaya hidup mereka akan berubah dan penyakit berbahaya juga akan berkurangan.

“Kalau saya dapat buat program ini, food bank boleh bantu saya untuk jayakan bagi setiap DUN kita mulakan dengan lima puluh orang kanak-kanak pun tak apa dulu, terutama bagi mereka yang yatim, miskin di mana memang takkan beli atau tak mampu beli susu. 

“Beras orang akan bagi la susu orang tak bagi lagi-lagi orang Malaysia tak minum susu. Satu sebab mahal keduanya memang tak minat. Aiskrim, burger, KFC boleh beli walau mahal tapi kalau bab susu ohhh itu perkara kesepuluh.

“Jadi kalau kita boleh buat di 45 DUN, kita beri kepada 50 kanak-kanak yang kita akan pantau dalam kalangan umur tiga hingga empat tahun.

“Ini membantu tumbesaran dan otak mereka sekaligus membantu masyarakat menjadi lebih stabil,” kata beliau yang mengharap media untuk turut membantu dalam memberi kesedaran berkenaan isu ini.

Pada 2019, laporan  Stunting in Malaysia: Costs, Causes and Courses for Action’ mengatakan kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada kadar 7.4 peratus di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik keganasan.

Kadar kebantutan negara pada 20.7 peratus jauh melangkaui sasaran 11.0 peratus yang ingin dicapai pada tahun 2025 bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) 2016-2025.

Kajian itu juga mendapati, masalah bantut merentasi semua tahap pendapatan, walaupun ia lebih menonjol dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah selain semua kaum mencatatkan kadar tinggi, namun ia lebih tinggi dalam kalangan kaum Melayu berbanding kaum Cina dan India.

Dari aspek kebantutan dalam kalangan negeri di Malaysia pula, semua negeri mencatatkan kadar kelaziman lebih 6.9 peratus manakala Kelantan, mencatat kadar kebantutan tertinggi dengan 34.0 peratus dan Terengganu kedua tertinggi dengan 26.1 peratus.  – The Merdeka Times

Foto: Perbandingan kadar kebantutan antara negeri di Malaysia.

Foto: Perbandingan kadar kebantutan antara kaum di Malaysia.

Author

Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending