Connect with us

Terkini

Tidak pernah sebut PAS, hanya Al-Quran dan hadis – Adun Chenor dilarang ceramah di masjid

Seorang wakil rakyat PAS di Pahang menyoal tindakan pihak berkuasa agama negeri itu melarangnya berceramah di sebuah masjid di Jengka, tempat dia aktif bersyarah sejak tiga tahun lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

Tidak pernah sebut PAS, hanya Al-Quran dan hadis - Adun Chenor dilarang ceramah di masjid
Foto: Adun Chenor, Mujibur Rahman Ishak
  • Adun Chenor, Mujibur Rahman Ishak menyoal tindakan pihak berkuasa agama negeri yang melarangnya berceramah di sebuah masjid di Jengka.
  • Mujibur bertanya kenapa dirinya disekat daripada memberikan kuliah pengajian agama, berkata dia tidak pernah menyentuh politik dalam ceramahnya. 
  • “Selaku penceramah, insya-Allah saya memilih untuk profesional. Ketika kuliah, tiada disebut PAS atau mana-mana parti lain
  • “Kita sebut tentang Al-Quran dan Hadith. Kita sebut tentang Islam dan musuh Islam.
  • “Mengapa ini terjadi? Tepuk dada. Tanya Iman,” kata Mujibur pada hantaran di Facebook hari ini.

Seorang wakil rakyat PAS di Pahang menyoal tindakan pihak berkuasa agama negeri itu melarangnya berceramah di sebuah masjid di Jengka, tempat dia aktif bersyarah sejak tiga tahun lalu. 

Adun Chenor Mujibur Rahman Ishak bertanya kenapa dirinya disekat daripada memberikan kuliah pengajian agama, berkata dia tidak pernah menyentuh politik dalam ceramahnya. 

“Selaku penceramah, insya-Allah saya memilih untuk profesional. Ketika kuliah, tiada disebut PAS atau mana-mana parti lain. 

“Kita sebut tentang Al-Quran dan Hadith. Kita sebut tentang Islam dan musuh Islam.

“Mengapa ini terjadi? Tepuk dada. Tanya Iman,” kata Mujibur pada hantaran di Facebook hari ini. 

Catatan Mujibur turut berkongsi ulasan Adun Kuala Sentul Jasri Jamaludin, yang pertama kali mengetengahkan isu itu apabila mendakwa larangan terhadap Mujibur bermotifkan politik. 

Dalam maklum balas, Exco Kerajaan Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, berkongsi kenyataan bahawa mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menjalankan aktiviti atau mengajar di masjid di negeri ini perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada jabatan agama daerah masing-masing. 

Dia berkata kerajaan negeri memandang serius titah Sultan Pahang bahawa masjid tidak boleh dipolitikkan dan ceramah anjuran parti politik tidak dibenarkan.

Ini terpakai kepada semua, termasuk mereka yang sealiran dengan kerajaan negeri, tegas Syed Ibrahim (gambar, atas). 

“Garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang adalah amat signifikan dan bertepatan agar tiada penceramah yang menyampaikan ceramah cenderung kepada fahaman aqidah selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, Asyairah dan Matrudiah. 

“Sekiranya terdapat pihak yang ingin menganjurkan ceramah atau sebarang aktiviti di masjid atau surau melalui mana-mana NGO, ia perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis dari Pejabat Agama Islam Daerah di daerah masing-masing supaya ia diimarah dan dimakmurkan senada titah Kebawah Duli Tuanku serta selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri,” kata Syed Ibrahim.

 

Sumber: Malaysiakini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending