Connect with us

Terkini

Terdapat keraguan barang kes diserahkan Ebit Lew kepada polis – saksi keempat

Terdapat keraguan terhadap barang kes yang telah dikemukakan oleh Ebit Lew kepada pihak polis semasa rampasan awal dilakukan. 

Wartawan TMT

Published

on

Terdapat keraguan barang kes diserahkan Ebit Lew kepada polis - saksi keempat
Foto: Ebit Lew
  • Terdapat keraguan terhadap barang kes yang telah dikemukakan oleh Ebit Lew kepada saksi keempat semasa rampasan awal dilakukan pada 19 Ogos 2021.
  • Namun, semalam berdasarkan bukti yang diserahkan kepada mahkamah terdapat sebuah telefon bimbit lain yang direkodkan sebagai bahan bukti dalam kes ini. 
  • Saksi memberitahu, pegawai penyiasat polis memaklumkan terdapat maklumat baharu berkaitan analisis telefon bimbit milik pengadu dari syarikat LGMS. 
  • Katanya, pihak polis mengambil analisis digital telefon bimbit itu bagi tujuan analisa untuk membuat perbandingan dengan maklumat dan dokumen sedia ada.

 

TENOM: Terdapat keraguan terhadap barang kes yang telah dikemukakan oleh Ebit Lew kepada pihak polis semasa rampasan awal dilakukan. 

Itu keterangan saksi keempat, Asisten Superitendan Siti Nooraini Mohd. Sahid semasa pemeriksaan semula pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, di Mahkamah Majistret hari ini. 

Saksi memberitahu mahkamah, semasa rampasan telefon bimbit dilakukan daripada tertuduh, Ebit Lew pada 19 Ogos 2021, tiada sebarang telefon lain yang dikemukakan oleh Ebit ketika itu. 

Namun, semalam berdasarkan bukti yang diserahkan kepada mahkamah terdapat sebuah telefon bimbit lain yang direkodkan sebagai bahan bukti dalam kes ini. 

Malah katanya, semasa perbicaraan berlangsung, pegawai penyiasat polis memaklumkan terdapat maklumat baharu berkaitan analisis telefon bimbit milik pengadu dari syarikat LGMS. 

Laporan analisis digital itu diperoleh dalam bentuk soft copy dari syarikat LGMS, iaitu penyedia perkhidmatan keselamatan siber profesional pada 30 November lalu.

Saksi memberitahu mahkamah, maklumat berkaitan analisis digital telefon bimbit milik pengadu dari LGMS antara bukti baharu yang diperoleh penyiasat dalam perbicaraan kes ini. 

Menurut Siti Nooraini, pihaknya mengambil dokumen atau analisis digital telefon bimbit tersebut bagi tujuan analisa untuk membuat perbandingan dengan maklumat dan dokumen sedia ada dalam kes ini. 

Terdahulu, menjawab pertanyaan peguam bela semasa pemeriksaan balas, beliau bersetuju bahawa siasatan mengenai maklumat atau bukti baharu dalam kes itu perlu bersifat adil kepada pihak pembelaan dan juga pendakwaan.

Siti Nooraini yang kini bertugas di Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak D11, Bukit Aman itu bersetuju supaya telefon bimbit milik pengadu turut dirampas bagi siasatan lanjut. 

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021. 

Maka, beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. 

Perbicaraan kes dilakukan dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Nur Masrin Amalia. 

Sementara itu, Ebit diwakili peguam, Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut. – UTUSAN 

 

Sumber: Utusan 

Author

Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending