Antarabangsa
Protes pandangan kritikal ideologi jantina kanak-kanak, Aktivis transgender baling najis lembu
Aktivis transgender lempar najis lembu di acara perlindungan kanak-kanak di Brussels, Belgium sebagai tanda protes pandangan kritikal penceramah terhadap ideologi jantina, lapor Reduxx.
- Ia berlaku di acara perlindungan kanak-kanak di Brussels, Belgium.
- Kedua-dua penceramah itu membaca daripada penyelidikan mereka, bertajuk “La Fabrique de l’enfant transgenre,” atau diterjemahkan sebagai “The Transgender Child Factory”, menyatakan kebimbangan terhadap penyesuaian psikologi belia mendakwa mereka adalah transgender.
- Aktivis itu terbalikkan kerusi, tolak orang ramai dan berusaha merampas pembesar suara penceramah sambil menjerit kata-kata lucah.
- Tingkap bangunan itu dirosakkan, dengan nama tempat itu dikaburkan dengan kolaj (seni lukis) yang tertulis perkauman dan transfobik.
Aktivis transgender lempar najis lembu di acara perlindungan kanak-kanak di Brussels, Belgium sebagai tanda protes pandangan kritikal penceramah terhadap ideologi jantina, lapor Reduxx.
Pada 15 Disember lalu, pakar psikiatri kanak-kanak Caroline Eliacheff dan profesor Céline Masson mengadakan ceramah di Café Laïque untuk membincangkan penerbitan kritikal gender terbaru mereka.
Kedua-dua penceramah itu membaca daripada penyelidikan mereka, bertajuk “La Fabrique de l’enfant transgenre,” atau diterjemahkan sebagai “The Transgender Child Factory”, menyatakan kebimbangan terhadap penyesuaian psikologi belia mendakwa mereka adalah transgender.
Pada awalnya, tempat itu ditutup kepada orang ramai dan pintu dikunci untuk mengelakkan gangguan, namun seorang individu keluar dari ruangan itu kira-kira 30 minit selepas acara berlangsung bagi membuat panggilan telefon tidak sengaja membiarkan pintu tidak berkunci, sekali gus menyebabkan aktivis transgender dapat masuk.
Menurut portal Le Figaro, 20 aktivis menyerbu masuk ke Café Laïque dan menggelar diri mereka sebagai “Ursula Collective” di mana majoritinya adalah lelaki.
Kumpulan itu berhadapan dengan hadirin dan mula membuang periuk tembikar yang mengandungi sampah dan najis lembu ke seluruh bilik, pada masa sama sebahagian daripada mereka memegang papan tanda yang mengatakan bersikap kritis terhadap peralihan perubatan remaja adalah satu bentuk terapi penukaran.
Kumpulan itu juga menterbalikkan kerusi, menolak orang ramai dan berusaha merampas pembesar suara Masson dan Eliacheff sambil menjerit kata-kata lucah.
Tingkap bangunan itu turut dirosakkan, dengan nama tempat itu dikaburkan dengan kolaj (seni lukis) yang tertulis perkauman dan transfobik.
Bagaimanapun, kumpulan itu dihalang daripada menyerang penceramah oleh orang ramai yang berada di situ sebelum seorang ahli kumpulan itu ditangkap pihak polis sementara yang lain berjaya melarikan diri.
Penceramah memutuskan menamatkan persidangan lebih awal ekoran bimbang dengan keselamatan mereka.
Sumber : Reduxx