Connect with us

Terkini

PrEP lebih berkesan berbanding ‘abstinen’ cegah HIV dalam kalangan homoseksual

Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan Persatuan Perubatan HIV Malaysia (MASHM) menegaskan mereka tidak setuju dengan pendirian Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan rakan-rakannya yang disifatkan mendiskriminasi golongan homoseksual ataupun Mex sex Men (MSM) daripada mengakses Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) untuk pencegahan HIV.

Wartawan TMT

Published

on

PrEP lebih berkesan berbanding ‘abstinen’ cegah HIV dalam kalangan homoseksual
Foto: Datuk Dr Chow Ting Soo (kiri), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman (tengah), Profesor Madya Dr Raja Iskandar Azwa (kanan).
  • Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan Persatuan Perubatan HIV Malaysia (MASHM) tidak setuju dengan pendirian Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan rakan-rakannya yang disifatkan berjaya mendiskriminasi golongan homoseksual ataupun Mex sex Men (MSM) daripada mengakses Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) untuk pencegahan HIV.
  • Ini berikutan, sejak empat dekad wabak HIV menunjukkan desakan terhadap ‘berpantang’ atau tahan diri melakukan hubungan songsang tidak mencukupi ubah keputusan krisis global itu.
  • “Pada masa krisis ini, jika ambil kira moral tinggi berbanding populasi utama ia bertentangan prinsip asas kesopanan manusia. Perlu ada usaha bersepadu setiap daripada kita untuk kurangkan wabak HIV guna alat pencegahan paling berkuasa dalam senjata kita,” – Pengerusi MAF, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman

KUALA LUMPUR – Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan Persatuan Perubatan HIV Malaysia (MASHM) menegaskan mereka tidak setuju dengan pendirian Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan rakan-rakannya yang disifatkan mendiskriminasi golongan homoseksual ataupun Mex sex Men (MSM) daripada mengakses Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) untuk pencegahan HIV.

Ketiga-tiga badan berkenaan dalam kenyataan bersama berkata, bantahan itu dilihat tidak dapat mengelak daripada realiti semasa wabak HIV di Malaysia.

Pengerusi MAF, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata sekalipun mengakui kebaikan pantang ataupun menahan diri daripada melakukan hubungan songsang itu, namun kita mesti bertindak berdasarkan bukti saintifik dalam mengurangkan penularan HIV secara seksual. 

Katanya, sejak empat dekad wabak HIV menunjukkan bahawa desakan terhadap ‘berpantang’ sahaja tidak mencukupi untuk mengubah keputusan krisis global itu.

“Pada 2021, 96 peratus kes HIV baharu berpunca daripada penularan seksual, tertumpu sebahagian besarnya dalam kalangan komuniti MSM. Di sebalik berat kelemahan mereka terhadap HIV, komuniti MSM juga adalah antara yang paling sukar dicapai dengan perkhidmatan pencegahan HIV – sebahagian besarnya disebabkan prasangka yang melampau dan sistem perundangan punitif (menghukum) yang menjenayahkan tingkah laku mereka. 

“Pada masa krisis ini, jika mengambil kira moral yang tinggi berbanding populasi utama ia bertentangan dengan prinsip asas kesopanan manusia. Perlu ada usaha bersepadu setiap daripada kita untuk mengurangkan wabak HIV menggunakan alat pencegahan paling berkuasa dalam senjata kita,” kata Profesor Adeeba dalam kenyataan bersama dikeluarkan di Facebook Malaysian AIDS Foundation semalam.

Dalam kenyataan sama, Presiden MAC, Profesor Madya Dr Raja Iskandar Azwa berkata kita perlu menganggap pencegahan dan penjagaan HIV sebagai isu berkaitan kesihatan, bukan moralistic.

Katanya, kita juga perlu menyedari bahawa situasi itu menunjukkan sejarah berulang di mana perbincangan sebegini pernah dikemukakan sebelum ini mengenai pemakaian kondom dan rawatan antiretroviral dan pampasan risiko. 

“Setiap diagnosis HIV baharu adalah kegagalan kesihatan awam kami untuk memanfaatkan alat pencegahan HIV sedia ada yang kami gunakan termasuk PrEP untuk mencegah jangkitan HIV itu,” kata Profesor Raja Iskandar.

Presiden MASHM, Datuk Dr Chow Ting Soo pula mengatakan PrEP ialah kaedah pencegahan HIV yang sangat berkesan di antara semua langkah kesihatan awam lain. 

Beliau juga tidak dapat menafikan terdapat kebimbangan mengenai kesan PrEP terhadap perubahan tingkah laku yang membawa kepada peningkatan dalam bilangan pasangan seks songsang dan aktiviti disebabkan oleh perlindungan PrEP.

“Sewajarnya kaunseling mengenai kaedah pencegahan penyakit kelamin yang lain mesti diberikan selain preskripsi PrEP. Kita tidak seharusnya menganggap ini sebagai alat untuk menggalakkan aktiviti seksual sebaliknya sebagai sebahagian daripada alat pencegahan penularan HIV,” katanya.

Kenyataan itu juga menjelaskan PrEP adalah 99 peratus berkesan dalam mengurangkan peluang mendapat HIV melalui hubungan seksual dan 74 peratus berkesan dalam mengurangkan penularan HIV melalui penggunaan dadah suntikan jika ia diambil seperti ditetapkan.

“Ini jauh mengatasi kaedah pencegahan HIV yang lain, seperti penggunaan kondom dan pantang. Melihat kepada aliran semasa penularan HIV, meningkatkan PrEP adalah cara terbaik ke hadapan yang akan membawa kita lebih dekat kepada matlamat kita untuk menamatkan AIDS menjelang 2030.

“Laporan UNAIDS baru-baru ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara di rantau Asia Pasifik yang menunjukkan peningkatan dalam jumlah kes yang baru dilaporkan. 

“Sebaliknya banyak negara di seluruh dunia termasuk negara beban tinggi, telah berturut-turut menunjukkan penurunan dalam kes baharu akibat pengembangan besar-besaran rawatan antiretroviral dan PrEP,” kata kenyataan itu.

MAF, MAC dan MASHM menyokong sepenuh hati pelaksanaan PrEP demi kepentingan melindungi kesihatan rakyat Malaysia daripada HIV. 

Sumber : Malaysian AIDS Foundation

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending