Connect with us

Antarabangsa

Piala Dunia 2022: Negara Islam cadang ‘armband’ tingkat kesedaran Islamofobia

Negara-negara Islam masih dalam perbincangan untuk membenarkan pemain memakai ‘armband’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai Islamofobia yang semakin meningkat

Wartawan TMT

Published

on

Piala Dunia 2022: Negara Islam cadang ‘armband’ tingkat kesedaran Islamofobia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Negara-negara Islam masih dalam perbincangan untuk membenarkan pemain memakai ‘armband’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai Islamofobia.
  • Lilitan lengan itu akan memaparkan perkataan “Tiada tempat untuk Islamophobia” dan corak kefiyeh Palestin, kata seorang pegawai kanan Qatar.
  • Juruterbang dari Jeddah, Arab Saudi, Yusef berkata, idea ‘armband’ itu sesuatu yang bagus memandangkan Islam dipandang buruk di seluruh dunia.
  • FIFA memaklumkan tidak mengetahui mengenai sebarang cadangan dan pertikaian mengenai lilitan lengan itu.

 

DOHA – Negara-negara Islam masih dalam perbincangan untuk membenarkan pemain memakai ‘armband’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai Islamofobia yang semakin meningkat

Seorang pegawai kanan Qatar berkata lilitan lengan itu akan memaparkan perkataan “Tiada tempat untuk Islamophobia” dan corak keffiyeh Palestin untuk pemain Qatar, Arab Saudi serta Maghribi.

“Apabila cadangan lilitan dibincangkan dengan FIFA, dimaklumkan yang ia akan melanggar peraturan dan tidak akan dibenarkan.

“Pasukan menerima keputusan itu, namun berasa kecewa kerana isu penting seperti ini memberi impak negatif kepada berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia,” katanya dipetik Sky News.

FIFA memaklumkan tidak mengetahui mengenai sebarang cadangan dan pertikaian mengenai lilitan lengan itu.

FIFA sebelum ini melarang England dan Wales menyertai orang Eropah lain memakai pakaian memaparkan “One Love” – untuk menarik perhatian secara halus kepada anti-LGBT Qatar.

Juruterbang dari Jeddah, Arab Saudi, Yusef berkata, idea ‘armband’ itu sesuatu yang bagus memandangkan Islam pada masa kini dipandang buruk di seluruh dunia.

“Jadi sebenarnya sesuatu yang bagus bahawa orang sebenarnya mengubah pemikiran mereka dan… ia adalah idea yang sempurna,” katanya.

 

Sumber: Skynews

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending