Connect with us

Terkini

Permintaan “gag order” peguam bela Ebit Lew terhadap media dibantah

Pihak pendakwaan membantah permintaan peguam bela mewakili Ebit Lew yang memohon mengeluarkan perintah larangan (gag order) terhadap media agar tidak melaporkan kenyataan sensitif yang digunakan sebagai bukti di mahkamah.

Wartawan TMT

Published

on

Permintaan “gag order” peguam bela Ebit Lew terhadap media dibantah
Foto: Ebit Lew bersama peguamnya, Ram Singh di Mahkamah Majistrett, Tenom.
  • Permintaan peguam bela Ebit Lew mengenai “gag order” terhadap media agar tidak melaporkan kenyataan sensitif yang digunakan bukti di mahkamah dibantah.
  • Majistret Nur Asyraf Zolhani memaklumkan bahawa pendengaran kes dilakukan di mahkamah awam maka media berhak melaporkan apa-apa berlaku di mahkamah.
  • Ebit Lew dilaporkan melahirkan kebimbangan mengenai kenyataan sensitif oleh pihak media yang boleh mengganggu emosi anak guam dan keluarganya.

TENOM: Pihak pendakwaan membantah permintaan peguam bela mewakili Ebit Lew yang memohon mengeluarkan perintah larangan (gag order) terhadap media agar tidak melaporkan kenyataan sensitif yang digunakan sebagai bukti di mahkamah.

Majistret Nur Asyraf Zolhani memaklumkan bahawa pendengaran kes dilakukan di mahkamah awam maka, media berhak melaporkan apa-apa yang dinyatakan di dalam mahkamah.

Beliau berkata, memandangkan pihak pendakwaan ingin memfailkan semakan semula kes atau ‘revision’ di Mahkamah Tinggi mengenai perkara itu maka, mahkamah tidak akan melayan permohonan perintah larangan yang dikemukakan peguam, Ram Singh pada hari ini.

Terdahulu, Ram memaklumkan anak guamnya iaitu Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37, melahirkan kebimbangan tentang publisiti dilaporkan dalam media mengenai kenyataan sensitif atau bukti yang dinyatakan semasa perbicaraan.

Ini kerana ia boleh menyakiti pengadu dan juga mengganggu emosi anak guam serta keluarganya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memberitahu pihaknya berkongsi pandangan yang sama dengan mahkamah bahawa dalam perbicaraan yang dilakukan di mahkamah awam, media tidak boleh selektif untuk memilih atau memutuskan apa yang sensitif terhadap tertuduh atau pengadu.

Justeru, pihak pendakwaan membantah permintaan pihak peguam bela untuk mengenakan perintah larangan kepada media.

Ram kemudiannya memberitahu mahkamah, memandangkan pendakwaan membantah permohonan perintah larangan yang dikemukakan, beliau akan memohon ‘revision’ di Mahkamah Tinggi.

Menurutnya, beliau percaya media bersikap selektif tentang bukti yang dikemukakan di mahkamah terutama kenyataan yang sensitif dan bersifat sensasi.

Tambah beliau, pihak pendakwaan diharap tidak akan membantah semasa pembelaan melakukan pemeriksaan balas terhadap pengadu sehingga ke tahap yang mungkin tidak disenangi.

Sumber : Utusan Malaysia

 

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending