Connect with us

Antarabangsa

Penulis Harry Potter dikecam aktivis transgender kerana biayai perkhidmatan khusus wanita

Gara-gara membiayai sebuah perkhidmatan kaunseling untuk wanita bekas mangsa keganasan seksual di Edinburgh, penulis buku terkenal JK Rowling dikecam aktivis transgender, demikian lapor Reduxx.

Wartawan TMT

Published

on

Penulis Harry Potter dikecam aktivis transgender kerana biayai perkhidmatan khusus wanita
Foto: JK Rowling (hadapan).
  • JK Rowling dikecam aktivis transgender kerana membiayai Beira’s Place, sebuah kemudahan kaunseling mangsa keganasan seksual khusus wanita dan diterajui wanita.
  • Aktivis transgender membuat spekulasi yang dasar mengecualikan lelaki di kemudahan itu akan menyebabkan wanita berketerampilan maskulin tidak akan diterima di situ.
  • Rowling mengumumkan keputusannya itu menerusi Twitter pada 12 Disember lalu dan turut mendapat sokongan ramai terutamanya wanita.

Gara-gara membiayai sebuah perkhidmatan kaunseling untuk wanita bekas mangsa keganasan seksual di Edinburgh, penulis buku terkenal JK Rowling dikecam aktivis transgender, demikian lapor Reduxx.

Pada 12 Disember lalu, Rowling mengumumkan melalui Twitter bahawa dia membiayai Beira’s Place, sebuah kemudahan diterajui wanita dan memenuhi keperluan wanita yang pernah menjadi mangsa keganasan seksual. 

Perkhidmatan itu akan memberikan sokongan, advokasi dan maklumat kepada wanita berumur 16 tahun ke atas.

Dalam temu bual eksklusif dengan kolumnis dan peguam bela hak wanita, Suzanne Moore tentang projek baharunya, Rowling menyatakan dia didorong pengalamannya sendiri berdepan keganasan seksual dan melihat jurang dalam sumber sedia ada yang menyediakan penjagaan khusus wanita.

Meskipun ramai yang menyokong tindakan Rowling, aktivis-aktivis transgender pula tampil memberi respon sebaliknya terhadap penulis buku bersiri terkenal Harry Potter itu.

Mereka mengutuk tindakan Rowling yang menyokong perkhidmatan yang dikhususkan untuk wanita sahaja itu.

Mereka membuat spekulasi yang dasar mengecualikan lelaki di kemudahan itu akan menyebabkan wanita berketerampilan maskulin tidak diterima di situ.

Sebelum ini, sebuah pusat perlindungan mangsa rogol Kanada, Vancouver Rape Relief dilucutkan pembiayaan oleh bandar Vancouver pada 2019 selepas enggan menukar dasar khusus wanita mereka.

Pusat itu dirosakkan dalam satu bantahan, dengan seekor tikus mati telah dipaku pada pintu pusat berkenaan oleh seorang aktivis transgender.

Kini, Vancouver Rape Relief juga menyatakan sokongan terhadap Beira’s Place.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending