Connect with us

Antarabangsa

Peguam wanita bakal dipenjara kerana panggil ahli politik transgender sebagai “lelaki”

Disebabkan tersilap melabel ahli politik transgender di Brazil, Erika Hilton sebagai “lelaki”, seorang peguam bela hak wanita bakal dipenjarakan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Disebabkan tersilap melabel ahli politik transgender di Brazil, Erika Hilton sebagai “lelaki”, seorang peguam bela hak wanita bakal dipenjarakan.
  • Sejurus pemilihan Hilton, Isabella Cêpa membuat kenyataan di Instagramnya mendakwa Hilton adalah “perempuan paling banyak undian” di Brazil.
  • Menurut Cêpa, dia tidak mengetahui langsung berhubung jantina ahli politik berkenaan ketika menulis kenyataan itu.
  • Cêpa berkata Hilton menggunakan ancaman menyaman dirinya yang merupakan feminis sebagai strategi pemilihan semula tahun lalu.
  • Begitupun, dia tidak pasti mengenai status kesnya pada masa ini dan masih belum menerima sebarang dokumentasi rasmi mengenai dakwaan itu.

 

LONDON – Disebabkan tersilap melabel ahli politik transgender di Brazil, Erika Hilton sebagai “lelaki”, seorang peguam bela hak wanita bakal dipenjarakan.

Pada 2020, sejurus pemilihan Hilton, Isabella Cêpa membuat kenyataan di Instagramnya mendakwa Hilton adalah “perempuan paling banyak undian” di Brazil.

Menurut Cêpa, dia tidak mengetahui langsung berhubung jantina ahli politik berkenaan ketika menulis kenyataan itu.

“Kecewa mendengar wanita yang paling banyak diundi di São Paulo – adalah seorang lelaki,” demikian kenyataannya di Instagram dua tahun lalu.

Bagaimanapun selepas dua tahun, barulah Cêpa menyedari dia didakwa atas kesalahan tersilap melabel jantina Hilton.

Ibu Cêpa dikesan polis yang menyoal mengenai keberadaan anak perempuannya dan menyuruh dia menyerah diri ke balai polis. 

Cêpa berkata Hilton menggunakan ancaman menyaman dirinya yang merupakan feminis sebagai strategi pemilihan semula tahun lalu.

Bercakap kepada Reduxx mengenai pencalonan Hilton ke senarai 100 Wanita BBC, Cêpa melahirkan rasa terhibur.

Begitupun, dia tidak pasti mengenai status kesnya pada masa ini dan masih belum menerima sebarang dokumentasi rasmi mengenai dakwaan itu.

 

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kes keganasan seksual berkaitan konflik naik 50 peratus pada 2023 – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.
  • Perkara itu menzahirkan kesan buruk ke atas wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam pertempuran konflik bersenjata.
  • “Ia merekodkan 3,688 kes keganasan seksual berkaitan konflik yang disahkan PBB yang berlaku sepanjang 2023, mencerminkan peningkatan dramatik sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai wanita, keamanan dan keselamatan yang dipetik agensi berita Anadolu.
  • Patten turut menekankan mesyuarat majlis PBB itu diadakan “ketika perbelanjaan ketenteraan melonjak kepada lebih $2.2 trilion, manakala belanjawan bantuan kemanusiaan dikurangkan”.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.

Perkara itu menzahirkan kesan buruk ke atas wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam pertempuran konflik bersenjata.

“Ia merekodkan 3,688 kes keganasan seksual berkaitan konflik yang disahkan PBB yang berlaku sepanjang 2023, mencerminkan peningkatan dramatik sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai wanita, keamanan dan keselamatan yang dipetik agensi berita Anadolu.

Patten turut menekankan mesyuarat majlis PBB itu diadakan “ketika perbelanjaan ketenteraan melonjak kepada lebih $2.2 trilion, manakala belanjawan bantuan kemanusiaan dikurangkan”.

Beliau turut menggariskan kesan yang tidak seimbang berlaku terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Pada 2023, wanita dan kanak-kanak perempuan menyumbang 95% daripada kes yang disahkan, dengan 5% direkodkan terhadap lelaki dan kanak-kanak (lelaki),” katanya.

Duta Muhibbah Wanita PBB, Danai Gurira yang menyuarakan sentimen Patten, menonjolkan sifat meluas jenayah merentasi 25 situasi konflik di seluruh dunia.

“Tiada yang lebih berbahaya daripada jenayah yang tidak diakui, jenayah yang ghaib dan dibiarkan berterusan,” kata Gurira.

Dia menekankan keperluan tindakan segera, menunjukkan kekebalan yang sering dinikmati pelaku di kawasan konflik.

“Sebahagian besarnya masih dengan kos bebas merogol dalam kekacauan konflik,” keluhnya, menyeru langkah lebih kuat untuk mengakhiri budaya kekebalan ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending