Connect with us

Terkini

LGBTQ antara punca peningkatan kes HIV di Malaysia

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan mengambil langkah proaktif membendung gejala budaya songsang lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) yang didakwa antara punca peningkatan kes jangkitan HIV di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

LGBTQ antara punca peningkatan kes HIV di Malaysia
Foto: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
  • Gaya hidup tersebut turut menyumbang kepada peningkatan perceraian dalam kalangan rakyat. – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
  • “Data daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan peningkatan jumlah golongan gay hampir 100 peratus iaitu seramai 310,000 individu pada tahun ini daripada 173,000 individu lima tahun lalu dan ini menjadi antara penyumbang utama kes perceraian di Malaysia.
  • Wan Ahmad Fayhsal turut menyambut baik keputusan Rusia memerangi LGBTQ dan usaha Indonesia mencegah hubungan luar nikah dalam kalangan rakyatnya.
  • “Pindaan undang-undang anti LGBTQ Rusia diambil kerana undang-undang asal yang diluluskan pada 2013 memfokuskan kepada membendung penyebaran budaya LGBTQ dalam kalangan kanak-kanak sahaja dan pindaan terbaru ini akan turut merangkumi pencegahan terhadap golongan dewasa juga.”
  • “Pindaan di Indonesia menurut jurucakap pasukan perhubungan rang undang-undang kanun jenayah Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Albert Aries adalah untuk melindungi institusi perkahwinan.”

 

SHAH ALAM – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan mengambil langkah proaktif membendung gejala budaya songsang lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) yang didakwa antara punca peningkatan kes jangkitan HIV di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, gaya hidup tersebut turut menyumbang kepada peningkatan perceraian dalam kalangan rakyat.

“Mengikut laporan ‘In Danger: UNAIDS Global AIDS Update 2022’ untuk 2022 menyatakan terdapat peningkatan ketara jangkitan HIV dan AIDS di 38 buah negara dari tahun 2015. Gaya hidup songsang dinyatakan sebagai penyumbang utama.

“Ini disokong oleh data daripada pusat kawalan penyakit (CDC) Amerika Syarikat yang menyatakan 70 peratus daripada jangkitan baharu HIV di Amerika Syarikat pada tahun 2019 disumbang oleh pengamal gaya hidup songsang (gay).

“Data daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan peningkatan jumlah golongan gay hampir 100 peratus iaitu seramai 310,000 individu pada tahun ini daripada 173,000 individu lima tahun lalu dan ini menjadi antara penyumbang utama kes perceraian di Malaysia.

“Kami di pihak Armada percaya, sudah sampai masa untuk Malaysia mengambil langkah yang sama dan lebih proaktif dalam melindungi keluarga nukleus di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik pada Khamis.

Pada masa yang sama, Wan Ahmad Fayhsal menambah, beliau menyambut baik keputusan Rusia memerangi LGBTQ dan usaha Indonesia mencegah hubungan luar nikah dalam kalangan rakyatnya.

Jelasnya, kerajaan mesti tegas dalam membendung perkara sedemikian kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada kerosakan moral tetapi juga kesihatan.

“Pindaan undang-undang anti LGBTQ Rusia diambil kerana undang-undang asal yang diluluskan pada 2013 memfokuskan kepada membendung penyebaran budaya LGBTQ dalam kalangan kanak-kanak sahaja dan pindaan terbaru ini akan turut merangkumi pencegahan terhadap golongan dewasa juga.

“Pindaan di Indonesia menurut jurucakap pasukan perhubungan rang undang-undang kanun jenayah Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Albert Aries adalah untuk melindungi institusi perkahwinan.

“Pihak Armada percaya, jika langkah yang lebih tegas tidak diambil, bukan saja negara akan dilanda kerosakan moral, malah juga krisis kesihatan akan berada di luar kawalan,” ulasnya.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending