Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan wanita diserang aktivis LGBT dalam protes “tiada lelaki di penjara wanita”

Sekumpulan wanita membantah penempatan seorang transgender di penjara wanita berakhir dengan serangan keganasan oleh aktivis LGBT di Mahkamah Daerah Alameda, California pada 5 Disember lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan wanita diserang aktivis LGBT dalam protes "tiada lelaki di penjara wanita"
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan wanita membantah penempatan seorang transgender di penjara wanita berakhir dengan serangan keganasan oleh aktivis LGBT di Mahkamah Daerah Alameda, California pada 5 Disember lalu.
  • Pengasas Barisan Kebebasan Wanita, Lierre Keith berkata protes itu bermula dengan baik tetapi selepas melintas ke seberang jalan di hadapan mahkamah, kumpulan itu diserang aktivis LGBT.
  • “Seorang lelaki merempuh Kara dengan payung. Orang lain menyerang kami dengan menghempas benda ke muka dan kepala kami,” katanya.
  • Akibat kejadian itu, Keith mengalami bengkak “kecil” di mata selepas pai krim putar dilempar dengan kuat ke mukanya.

 

OAKLAND – Sekumpulan wanita membantah penempatan seorang transgender di penjara wanita berakhir dengan serangan keganasan oleh aktivis LGBT di Mahkamah Daerah Alameda, California pada 5 Disember lalu.

Diketuai oleh Peguam Bela Hak Wanita, Kara Dansky, kumpulan kecil itu memulakan protes secara aman di tangga mahkamah, dengan wanita membawa sepanduk bertulis “Tiada Lelaki di Penjara Wanita” dan “Dana Rivers adalah Lelaki.” 

Mereka kemudian memberi ucapan mengenai kepentingan pengasingan banduan mengikut jantina demi keselamatan bersama.

Pengasas Barisan Kebebasan Wanita, Lierre Keith berkata protes itu bermula dengan baik tetapi selepas mereka melintas ke seberang di hadapan mahkamah, kumpulan itu diserang aktivis LGBT berpakaian hitam.

“Seorang lelaki merempuh Kara dengan payung. Orang lain menyerang kami dengan menghempas benda ke muka dan kepala kami,” katanya kepada Reduxx.

Akibat kejadian itu, katanya, dia mengalami bengkak “kecil” di mata selepas pai krim putar dilempar dengan kuat ke mukanya.

“Ia berlalu dengan cepat. Perkara-perkara ini adalah tidak jelas. Seorang lelaki lain datang ke arah kami dari seberang dengan menaiki basikal, cuba menjatuhkan wanita dan menakutkan kami. Dia juga mencederakan wanita dengan teruk,” katanya.

Selain itu, ujarnya, kedua-dua sepanduk yang dipegang kumpulan wanita itu juga menjadi sasaran penyerang. Polis dihubungi serta-merta susulan kejadian itu.

Keith menganggarkan terdapat lapan aktivis yang mengambil bahagian dalam serangan itu, di mana kebanyakannya adalah lelaki.

 

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending