Connect with us

Terkini

Korea Selatan guna Bahasa Melayu di papan tanda tempat tumpuan pelancong

Kebanjiran pelancong Nusantara ke Korea Selatan membuatkan kerajaan sana mula menggunakan Bahasa Melayu pada kebanyakan papan tanda khususnya di kawasan tumpuan pelancong.

Wartawan TMT

Published

on

Korea Selatan guna Bahasa Melayu di papan tanda tempat tumpuan pelancong
Foto: Papan tanda yang menggunakan bahasa Melayu di Korea.
  • “Kerajaan Korea Selatan berbesar hati untuk melakukan usaha itu bagi memudahkan masyarakat Nusantara yang datang berkunjung untuk mendapatkan maklumat. – Pengguna Facebook,  Zakaria Azizi 
  • “Bukan itu sahaja, jumlah pelancong Malaysia dan Indonesia yang bertandang ke negara itu juga semakin meningkat saban hari membuatkan Bahasa Malaysia mula digunakan pada papan tanda di sana,”
  • Bahasa Melayu merupakan bahasa keenam paling banyak dituturkan di dunia dengan sebanyak 290 juta manusia merentasi Selat Melaka, termasuk pantai-pantai di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera.

PETALING JAYA – Kebanjiran pelancong Nusantara ke Korea Selatan membuatkan kerajaan sana mula menggunakan Bahasa Melayu pada kebanyakan papan tanda khususnya di kawasan tumpuan pelancong.

Perkara tersebut dikongsi oleh Zakaria Azizi di akaun Facebooknya di dalam kumpulan Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants).

“Kerajaan Korea Selatan berbesar hati untuk melakukan usaha itu bagi memudahkan masyarakat Nusantara yang datang berkunjung untuk mendapatkan maklumat.

“Bukan itu sahaja, jumlah pelancong Malaysia dan Indonesia yang bertandang ke negara itu juga semakin meningkat saban hari membuatkan Bahasa Malaysia mula digunakan pada papan tanda di sana,” katanya.

Walaupun terdapat beberapa penggunaan Bahasa Melayu yang agak kurang tepat, namun usaha yang dilakukan kerajaan Korea Selatan harus diberi pujian.

Selain Bahasa Melayu, terdapat juga beberapa bahasa pada papan tanda tersebut seperti Bahasa Inggeris, Mandarin, Jepun dan Bahasa Indonesia.

Bahasa Melayu merupakan bahasa keenam paling banyak dituturkan di dunia dengan sebanyak 290 juta manusia merentasi Selat Melaka, termasuklah pantai-pantai di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera.

Bahasa Melayu berada dalam keluarga Austronesia dan Malayo-Polynesia – bahasa utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan salah satu bahasa di Indonesia. – KOSMO

Sumber: Kosmo

 

Author

Terkini

Johor tubuh jawatankuasa bertindak tangani penyalahgunaan kalimah Allah

Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid (kiri) & Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan).
  • Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.
  • Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan bersama semalam.
  • Jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
  • Sebelum ini, JAINJ merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat susulan aduan orang awam.
  • Pada Mac lalu, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) menjadi tumpuan susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedainya.
  • Tidak beberapa lama selepas itu, tular dalam laman sosial berhubung kes tulisan didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita.

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.

Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan bersama semalam.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Kenyataan itu berkata semua Dewan Perniagaan, Persatuan Perdagangan Dan Kumpulan Industri hendaklah memberikan komitmen tinggi supaya isu sama tidak berulang.

“Kempen kesedaran masyarakat dalam menjaga kepentingan memelihara kehormatan hidup masyarakat berbilang kaum hendaklah sentiasa disuburkan.

“Ini tanpa menidakkan pemantauan berterusan dari semua agensi penguatkuasaan sama ada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya kenyataan bersama itu.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kerajaan memandang serius terhadap beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan sensitiviti umat Islam. 

Katanya, ia semakin membimbangkan kerana menggugat keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. 

“Ia bermula dengan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dijual oleh pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah yang dijual oleh pihak Vern’s Holding Sdn Bhd dan yang terkini isu penjualan sejadah mini dengan tanda label yang mengelirukan dijual di AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON Big) yang dibekalkan oleh A&R Fashion Collection (A&R).

“Perkara ini telah diambil tindakan sewajarnya oleh pihak polis terhadap pihak-pihak yang terlibat berlandaskan undang-undang di negara ini.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu sebegini di masa akan datang,” katanya. 

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat susulan aduan orang awam.

Pada Mac lalu, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) menjadi tumpuan susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedainya.

Tidak beberapa lama selepas itu, tular dalam laman sosial berhubung kes tulisan didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending