Connect with us

Terkini

Kes Ebit Lew: Peguam pertikai anggota polis rampas bahan bukti dari LGMS

Pihak pembelaan mempertikaikan tindakan polis merampas dokumen daripada syarikat LGMS bagi kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang dilakukan tanpa kebenaran daripada anak guamnya.

Wartawan TMT

Published

on

Kes Ebit Liew: Peguam pertikai anggota polis rampas bahan bukti dari LGMS
Foto: Ebit Lew
  • ASP Siti Nooraini Mohd Sahid beritahu mahkamah, beliau dan pasukan polis Bukit Aman datang ke LGMS selepas mendapat arahan daripada pegawai pendakwa raya.
  • Tujuannya untuk mengambil keterangan saksi, bahan bukti laporan forensik digital dari pihak LGMS dan maklumat yang diberikan oleh pihak Ebit  untuk dibuat analisis.
  • Ram mengandaikan Siti Nooraini dan pihak polis telah merampas dokumen itu pada 30 November 2022 kerana tidak mendapat kebenaran dari anak guamnya.
  • Mahkamah menetapkan perbicaraan disambung pada jam 10 pagi Khamis dan Siti Nooraini kekal sebagai saksi pada prosiding berkenaan.

TENOM – Pihak pembelaan mempertikaikan tindakan polis merampas dokumen daripada syarikat LGMS bagi kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang dilakukan tanpa kebenaran daripada anak guamnya.

Bagaimanapun, dalam pemeriksaan balas perbicaraan yang berlangsung pada Rabu, saksi keempat, Asistan Superintenden Polis (ASP) Siti Nooraini Mohd Sahid memberitahu mahkamah bahawa beliau dan pasukan polis dari Bukit Aman datang ke LGMS selepas mendapat arahan daripada pegawai pendakwa raya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peguam bela, Ram Singh ketika sesi pemeriksaan balas dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom di sini.

Siti Nooraini turut menjelaskan bahawa tujuan beliau dan pasukan Bukit Aman datang ke LGMS untuk mengambil keterangan saksi dan juga mengambil bahan bukti yang lain dari pihak LGMS.

Diminta menjelaskan lanjut mengenai bahan bukti berkenaan, Siti Nooraini sekali lagi menjelaskan bahawa bahan bukti itu adalah laporan forensik digital daripada pihak LGMS dan juga data atau maklumat yang telah diberikan oleh pihak Ebit untuk dibuat analisis forensik.

Ditanya lanjut, adakah Siti Nooraini ada mengemukakan sebarang waran daripada mana-mana mahkamah di Malaysia sebelum memasuki LGMS dan mendapatkan dokumen daripada LGMS, beliau menyatakan tidak ada.

Malah dalam kenyataannya ketika ditanya Ram, beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa tidak mendapat kebenaran daripada anak guam dalam kes itu (Ebit).

Dalam prosiding berkenaan, Ram mengandaikan bahawa Siti Nooraini dan pasukan dari Bukit Aman telah merampas dokumen daripada LGMS pada 30 November 2022 secara tidak sah.

Bagaimanapun dalam jawapan Siti Nooraini menyatakan beliau tidak bersetuju bahawa pihaknya telah mengambil dokumen tanpa kebenaran sama ada daripada Ebit atau pihak mahkamah.

Siti Nooraini turut memaklumkan dia hanya tahu bahawa pihak Ebit telah membuat bayaran laporan digital forensik daripada LGMS setelah keterangan saksi diambil.

Sebelum itu, LGMS merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan siber profesional Malaysia.

Mahkamah menetapkan perbicaraan disambung pada jam 10 pagi Khamis dan Siti Nooraini kekal sebagai saksi pada prosiding berkenaan.

Dalam perbicaraan ini, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, diwakili barisan peguamnya iaitu Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Ebit berhadapan dengan berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

 

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending