Connect with us

Terkini

Kerajaan Persekutuan tidak wajar campuri hukuman Enakmen Syariah Terengganu

“Hukuman Enakmen Syariah Terengganu tersebut adalah senarai bidang kuasa Kerajaan Negeri dan masih dalam batasan yang dibenarkan oleh Akta 355. Maka, amatlah tidak wajar pihak Kerajaan Persekutuan mencampurinya,” Tegas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan Persekutuan tidak wajar campuri hukuman Enakmen Syariah Terengganu
Foto: Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
  • Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata kelulusan Enakmen Syariah Terengganu dan pindaannya melalui proses demokrasi di DUN yang mewakili majoriti suara rakyat Terengganu.
  • Jadi pihak yang pertikaikan enakmen wajar mendapatkan penjelasan dari Kerajaan Negeri agar menerima kefahaman jelas dan tepat supaya tidak timbulkan kekeliruan dan salah faham.
  • “Kalau Kerajaan pusat tidak berjaga-jaga atau berhati-hati berkaitan bidang kuasa Islam di bawah negeri maka ia akan mengucar kacirkan keseragaman yang diletakkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, “tegasnya.

KUALA LUMPUR, 08 Disember 2022 – “Hukuman Enakmen Syariah Terengganu tersebut adalah senarai bidang kuasa Kerajaan Negeri dan masih dalam batasan yang dibenarkan oleh Akta 355. Maka, amatlah tidak wajar pihak Kerajaan Persekutuan mencampurinya,” Tegas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan media yang dibuat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkaitan isu pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 yang dilaporkan sebuah portal tempatan di sini, kelmarin.

Persoalannya yang turut diajukan ialah perlukah Sultan Terengganu sebagai Ketua Agama Islam melayan cubaan campur tangan Federal dalam urusan hal ehwal agama Islam negeri?

Menjawab persoalan itu Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Sultan Terengganu sebagai Ketua Agama perlu dihormati, baginda akan bertindak dengan nasihat pakar-pakar di Majlis Agama Islam Terengganu dan Kerajaan Negeri.

“Sudah tentu, Kelulusan Enakmen Syariah Terengganu ini dan pindaannya melalui proses demokrasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mewakili majoriti suara rakyat Terengganu,” katanya.

Justeru, pihak yang mempertikaikan enakmen ini sewajarnya mendapatkan penjelasan dari Kerajaan Negeri agar menerima kefahaman yang jelas dan tepat sebelum membuat apa-apa kenyataan berkaitan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan salah faham.

Selain itu, mereka juga turut dijemput untuk berdialog memberi pandangan sama ada dengan Kerajaan Negeri atau Dewan Ulama PAS Pusat berkaitan isu yang dibangkitkan,”ujarnya.

Sebelum ini, samudera.my menyiarkan kenyataan dari Peguam Senior, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang turut menyarankan kepada Nancy Shukri mahupun keseluruhan Kabinet Anwar Ibrahim supaya lebih berhati- hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan agama Islam selain mengingatkan barisan Kabinet itu agar tidak mencampuri urusan Kerajaan Negeri.

“Kalau Kerajaan pusat tidak berjaga-jaga atau berhati-hati berkaitan dengan bidang kuasa Islam di bawah negeri maka ia akan mengucar kacirkan keseragaman yang telah pun diletakkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, “tegasnya

Terdahulu, DUN Terengganu meluluskan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001, yang memasukkan empat seksyen baru.

Empat seksyen itu adalah Seksyen 3A (perbomohan dan sihir), 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah), 33A (wanita menyerupai lelaki) dan 36A (persediaan melakukan liwat).

Menurut Seksyen 29A, wanita beragama Islam yang didapati bersalah hamil atau melahirkan anak luar nikah boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000. penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Penguatkuasaan enakmen itu akan bermula selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu.

Sumber : Samudera 

 

 

Author

Terkini

Johor tubuh jawatankuasa bertindak tangani penyalahgunaan kalimah Allah

Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid (kiri) & Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan).
  • Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.
  • Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan bersama semalam.
  • Jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
  • Sebelum ini, JAINJ merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat susulan aduan orang awam.
  • Pada Mac lalu, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) menjadi tumpuan susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedainya.
  • Tidak beberapa lama selepas itu, tular dalam laman sosial berhubung kes tulisan didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita.

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.

Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan bersama semalam.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Kenyataan itu berkata semua Dewan Perniagaan, Persatuan Perdagangan Dan Kumpulan Industri hendaklah memberikan komitmen tinggi supaya isu sama tidak berulang.

“Kempen kesedaran masyarakat dalam menjaga kepentingan memelihara kehormatan hidup masyarakat berbilang kaum hendaklah sentiasa disuburkan.

“Ini tanpa menidakkan pemantauan berterusan dari semua agensi penguatkuasaan sama ada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya kenyataan bersama itu.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kerajaan memandang serius terhadap beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan sensitiviti umat Islam. 

Katanya, ia semakin membimbangkan kerana menggugat keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. 

“Ia bermula dengan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dijual oleh pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah yang dijual oleh pihak Vern’s Holding Sdn Bhd dan yang terkini isu penjualan sejadah mini dengan tanda label yang mengelirukan dijual di AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON Big) yang dibekalkan oleh A&R Fashion Collection (A&R).

“Perkara ini telah diambil tindakan sewajarnya oleh pihak polis terhadap pihak-pihak yang terlibat berlandaskan undang-undang di negara ini.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu sebegini di masa akan datang,” katanya. 

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat susulan aduan orang awam.

Pada Mac lalu, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) menjadi tumpuan susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedainya.

Tidak beberapa lama selepas itu, tular dalam laman sosial berhubung kes tulisan didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending