Connect with us

Terkini

Kerajaan Perpaduan ikrar ‘Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Kebangsaan’

Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menjadi ikrar bagi semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan Perpaduan ikrar ‘Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Kebangsaan’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menjadi ikrar bagi semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.
  • Setiap setiausaha agung parti gabungan PH,BN,GPS dan Warisan mendatangani Perjanjian Persefahaman Kerjasama.
  • Perjanjian ini turut mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan di samping memperkukuh Demokrasi Berparlimen dan mendukung hak serta kuasa rakyat.
  • Kerajaan Perpaduan Malaysia juga bermatlamat dalam memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat.

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2022 – Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menjadi ikrar bagi semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan sedemikian disebut dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama yang ditandatangani oleh setiap setiausaha agung parti dalam gabungan itu iaitu parti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Warisan.

Bagaimanapun, rakyat masih boleh menggunakan, mempelajari serta mendapat pendidikan dalam bahasa-bahasa lain seperti yang termaktub dalam Perkara 152 (tertakluk kepada Perkara 161) Perlembagaan Persekutuan.

Seiring dengan itu, perjanjian itu turut menggalakkan perkembangan dalam kebudayaan serta kesenian Malaysia yang berasaskan unsur-unsur unggul daripada semua warisan peradaban yang wujud di negara ini.

Selain daripada mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, perjanjian itu juga akan mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan di samping memperkukuh Demokrasi Berparlimen dan mendukung hak serta kuasa rakyat.

Kerajaan Perpaduan Malaysia itu juga bermatlamat dalam memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat seperti yang disebut dalam Perkara 2(b)(ii) perjanjian itu.

Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia itu malah beriltizam untuk menjana kesepakatan rakyat dalam memacu Malaysia di atas landasan yang progresif dan majmuk serta memulihkan kestabilan politik dan melaksanakan suatu agenda perpaduan dan reformasi.

Sumber : Samudera

 

 

 

Author

Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending