Connect with us

Terkini

Kerajaan gagal pertahan pengharaman komik ‘komunis’ bekas tokoh DAP

Kerajaan gagal pertahan pengharaman ke atas komik ‘komunis’ oleh Bekas Tokoh DAP, “Superman” Hew Kuan Yew mengenai inisiatif Jalur dan Laluan China.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Hew Kuan Yew.
  • Bekas tokoh DAP itu adalah “Superman” Hew Kuan Yew.
  • Tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Nallini Pathmanathan tolak untuk benarkan pihak Kerajaan buat rayuan di Mahkamah Rayuan yang membatalkan larangan tersebut.
  • Pihak mahkamah dapati tiada isu baharu jadi kepentingan awam dalam soalan dikemukakan pihak Kerajaan.
  • Salah satunya sama ada dapatan Menteri Dalam Negeri bahawa buku tersebut boleh bawa ketidakharmonian dan cetuskan ketegangan kaum.
  • Buku tersebut memaparkan China dalam sudut positif serta dalam gambaran inisiatif “Belt and Road manakala dunia Barat dikisahkan dalam sudut negatif.
  • Oktober 2019, KDN haramkan buku itu di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan dakwaan kandungannya boleh memudaratkan ketenteraman awam.

PUTRAJAYA, 09 Disember 2022 – Kerajaan gagal pertahan pengharaman ke atas komik ‘komunis’ oleh Bekas Tokoh DAP, “Superman” Hew Kuan Yew mengenai inisiatif Jalur dan Laluan China.

Lapor sebuah berita tempatan, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Nallini Pathmanathan hari ini (8 Disember) menolak untuk membenarkan pihak Kerajaan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan yang membatalkan larangan tersebut.

Menurut Nallini yang bersidang bersama Hakim Zabariah Yusof dan Rhodzariah Bujang menerusi prosiding dalam talian berkata, pihak mahkamah mendapati tiada isu baharu yang menjadi kepentingan awam dalam soalan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan.

Pihak Kerajaan telah mengemukakan empat soalan undang-undang yang dikatakan memerlukan rayuan di hadapan mahkamah tertinggi.

Salah satunya ialah sama ada dapatan Menteri Dalam Negeri bahawa buku tersebut boleh membawa ketidakharmonian dan mencetuskan ketegangan kaum sebagai kayu ukur yang betul bagi menentukan sama ada penerbitan buku berkenaan akan memudaratkan ketenteraman awam.

Buku dengan judul “Belt and Road Initiative for Win-Winism” itu telah diterbitkan pada tahun 2019 dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan juga Cina.

la didakwa telah memaparkan China dalam sudut yang positif serta dalam gambaran inisiatif “Belt and Road manakala dunia Barat dikisahkan dalam sudut negatif.

Pada Oktober 2019, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan buku tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan mendakwa kandungannya boleh memudaratkan ketenteraman awam.

April tahun lalu, pihak Mahkamah Tinggi mengekalkan larangan tersebut dan memberi hak kepada KDN untuk menyimpan salinan buku yang dirampas selepas larangan terbabit.

Namun, pada Jun tahun ini, Mahkamah Rayuan telah membatalkan larangan berkenaan dan mengarahkan pihak KDN untuk memulangkan semula semua salinan buku tersebut.

Sumber: Samudera

 

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending