Antarabangsa
Henti promosi LGBT dalam kandungan kanak-kanak Disney – Aktivis Katolik Afrika
Aktivis Katolik konservatif di Afrika memberi amaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif Disney yang baru dilantik supaya berhenti daripada mempromosikan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) dalam kandungan ditujukan kepada kanak-kanak.
- Aktivis Katolik konservatif di Afrika menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Disney yang baharu, Robert Iger supaya berhenti mempromosikan agenda LGBTQ dalam kandungan ditujukan kepada kanak-kanak.
- Mereka mahu Disney mengembalikan (syarikat) kepada nilai kekeluargaan, bukannya menjadi kilang yang merosakkan indoktrinasi LGBTQ+ seperti sekarang.
- “Presiden korporat Disney, Karey Burke menyatakan pada bulan April dia ingin melihat 50 peratus watak sebagai LGBTQ+ atau minoriti pilihan politik lain.
- “Tidak lama selepas itu, buat pertama kalinya dalam sejarah, Disney memasukkan adegan ciuman lesbian dalam filem untuk kanak-kanak,” – CitizensGo Africa.
Aktivis Katolik konservatif di Afrika memberi amaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif Disney yang baru dilantik supaya berhenti daripada mempromosikan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) dalam kandungan ditujukan kepada kanak-kanak.
Memetik laporan Crux, Disney, peneraju global dalam industri hiburan, baru-baru ini dikiritik kerana agenda pro-LGBTQnya.
Ketua Pegawai Eksekutif baharu Disney, Robert Iger, yang dilantik pada 20 November lalu, tidak menerima sambutan yang memberangsangkan di Afrika.
Ahli CitizensGo Africa, cawangan Afrika bagi organisasi aktivis Katolik berhaluan kanan CitizenGo yang diasaskan di Sepanyol pada 2013, melancarkan petisyen yang memberi amaran kepada Iger agar tidak menyuntik idea LGBTQ+ ke dalam kandungan kanak-kanak.
Mereka menggesa Iger untuk “mengembalikan (syarikat) kepada nilai kekeluargaan, bukannya menjadi kilang yang merosakkan indoktrinasi LGBTQ+ seperti sekarang”.
Petisyen itu menegaskan, “Golongan kiri radikal sedang berusaha untuk melatih kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup LGBTQ+ radikal dan Disney secara aktif membantu mereka melakukannya.
“Presiden korporat Disney, Karey Burke menyatakan pada lalu yang April dia ingin melihat 50 peratus watak sebagai LGBTQ+ atau minoriti pilihan politik lain.
“Tidak lama selepas itu, buat pertama kalinya dalam sejarah, Disney memasukkan adegan ciuman lesbian dalam filem untuk kanak-kanak,” kata petisyen itu merujuk kepada filem Lightyear yang diharamkan di 14 negara Timur Tengah dan Asia.
Sesetengah pemerhati mengandaikan keadaan kewangan semasa Disney yang sukar berkait rapat dengan peningkatan agenda pro-LGBTQ itu.
Saham syarikat itu jatuh sebanyak 40 peratus sejak 2021 apabila diambil alih bekas CEO, Bob Chapek. Ia merupakan kerugian yang ditambah lagi dengan faktor pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerugian lebih $10 bilion.
“Disney sentiasa bergantung kepada keluarga untuk sebahagian besar pendapatannya dan keadaan kewangan mereka sejak akhir-akhir ini menggambarkan dengan tepat perkara ini,” kata CitizensGo Africa.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu telah mengasingkan kepentingan keluarga dan langsung tidak mengendahkan suara ibu bapa, sebaliknya memihak kepada agenda LGBT.
“Sekarang, Bob Chapek sudah tiada. Kami mempunyai peluang bersejarah untuk membuktikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Disney yang baharu, Robert Iger, bahawa memperjuangkan hal sebegini merosakkan hubungan dengan penonton dan akhirnya membawa mereka kepada kejatuhan” kata mereka.
Sumber: Crux