Connect with us

Terkini

GHRF gesa kerajaan tubuh badan bebas pantau aktiviti peluk Islam secara unilateral

The Global Human Rights Foundation (GHRF) menggesa agar Kerajaan pada hari ini menubuhkan sebuah badan bebas bagi memantau aktiviti pemelukan Islam.

Wartawan TMT

Published

on

GHRF gesa kerajaan tubuh badan bebas pantau aktiviti peluk Islam secara unilateral
Foto: Presiden GHRF, S Shashi Kumar.
  • Presiden GHRF, S Shashi menyatakan, PM, Datuk Seri Anwar perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melakukan penukaran agama secara unilateral.
  • Katanya, GHRF berharap Kerajaan Perpaduan memerangi isu berkaitan perkauman, fanatik, ekstremisme, diskriminasi, dasar ketuanan dan penganiayaan agama.
  • Beliau turut menggesa kerajaan membentangkan RUU Kebencian Kaum dan Agama di Parlimen.

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2022 – The Global Human Rights Foundation (GHRF) menggesa agar Kerajaan pada hari ini menubuhkan sebuah badan bebas bagi memantau aktiviti pemelukan Islam.

Presidennya S Shashi Kumar memaklumkan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mesti mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan penukaran agama secara unilateral kepada kanak-kanak di bawah umur di mana, perkara itu dikatakan tidak betul dari segi moral dan agama.

tangkap layar

Foto: Tangkap layar Focus Malaysia

“GHRF berharap Kerajaan Perpaduan akan memerangi isu berkaitan perkauman, fanatik, ekstremisme, diskriminasi, penguatkuasaan undang- undang ‘double standard, dasar ketuanan dan penganiayaan agama,” katanya.

Beliau pada masa sama turut menggesa Kerajaan supaya membentangkan Rang Undang-Undang Kebencian Kaum dan Agama di Parlimen supaya membolehkan mereka yang membuat sebarang kenyataan bersifat kebencian didakwa.

Sebelum ini, tular kes Loh Siew Hong yang mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk meneruskan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan penukaran agama Islam tiga orang anaknya.

Penukaran tersebut telah dibuat oleh bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy yang juga merupakan seorang mualaf pada 7 Julai 2020.

Sumber : Focus Malaysia

 

 

 

Author

Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending