Connect with us

Antarabangsa

Di jalan-jalan Ayodhya, kamilah yang merobohkan Masjid Babri, laung pelampau Hindu

“Di jalan-jalan Ayodhya, kamilah yang merobohkan Babri,” jerit puak pelampau Hindutva, Bajrang Dal dalam satu perarakan di Kannur, Iritty.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Di jalan-jalan Ayodhya, kamilah yang merobohkan Masjid Babri, laung pelampau Hindu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Di jalan-jalan Ayodhya, kamilah yang merobohkan Babri,” jerit puak pelampau Hindutva, Bajrang Dal dalam satu perarakan di Kannur, Iritty.
  • Satu kes telah difailkan terhadap anggota Bajrang Dal yang terlibat susulan kenyataan provokatif terhadap umat Islam.
  • Pelampau Hindutva itu turut berteriak slogan menentang PFI (Popular Front of India) dan sayap pelajarnya CFI (Campus Front of India) yang diharamkan baru-baru ini.

KANNUR, KERALA, 27 Disember 2022 – “Di jalan-jalan Ayodhya, kamilah yang merobohkan Babri,” jerit puak pelampau Hindutva, Bajrang Dal dalam satu perarakan di Kannur, Iritty.

Susulan kenyataan provokatif yang dilemparkan terhadap umat Islam itu, satu kes telah difailkan terhadap anggota Bajrang Dal yang terlibat.

Perarakan itu turut menyaksikan ahli pelampau Hindutva itu berteriak slogan menentang PFI (Popular Front of India) dan sayap pelajarnya CFI (Campus Front of India) yang diharamkan baru-baru ini.

Mahkamah Agung sebelum ini telah menutup petisyen penghinaan yang difailkan terhadap beberapa pemimpin BJP, kerajaan Uttar Pradesh, dan pegawainya dalam isu perobohan Masjid Babri di Ayodhya pada tahun 1992.

Sumber : Samudera

 

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *