Connect with us

Terkini

Bersih ingatkan PM jangan lantik Zahid, Guan Eng,Syed Saddiq sertai kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak melantik mana-mana individu yang mempunyai kes mahkamah sebagai anggota kabinet hanya disebabkan ingin menjaga kestabilan politik Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya. 

Wartawan TMT

Published

on

Bersih ingatkan PM jangan lantik Zahid, Guan Eng,Syed Saddiq sertai kabinet
Foto: (Dari kiri) Zahid Hamidi, Lim Guan Eng, Syed Saddiq , Bung Moktar
  • PM diingatkan supaya tidak melantik mana-mana individu yang mempunyai kes mahkamah sebagai anggota kabinet untuk Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya. 
  • Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, Pengerusi PH itu bakal menunjukkan rasuah boleh ditoleransi jika ‘maslahat lebih besar’ dapat dicapai.
  • “Antara calon untuk jawatan TPM adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masih menjalani perbicaraan melibatkan 47 pendakwaan rasuah,” katanya.
  • Tambahnya, individu lain yang juga sedang dibicarakan adalah Lim Guan Eng, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Seri Bung Moktar Radin.
  • “Benar, seseorang tidak bersalah hingga dibuktikan. Maka biarkan mahkamah membuktikannya. Kita tidak akan sengsara tanpa jasa mereka,” kata Thomas.

 

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak melantik mana-mana individu yang mempunyai kes mahkamah sebagai anggota kabinet hanya disebabkan ingin menjaga kestabilan politik Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya. 

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Thomas Fann berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bakal menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa korupsi boleh ditoleransi jika ‘maslahat lebih besar’ dapat dicapai melalui pelantikan mereka yang terpalit dengan kes rasuah. 

“Walaupun Perdana Menteri baharu sedang mempertimbangkan kabinetnya, beliau sedang didesak untuk membentuk pasukan yang bukan sahaja daripada gabungan PH malahan juga ahli Parlimen daripada parti-parti lain yang memberikan beliau jumlah yang majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Antara calon untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang masih menjalani perbicaraan melibatkan 47 pendakwaan rasuah. Individu lain yang juga sedang dibicarakan adalah Lim Guan Eng (DAP), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (UMNO).

“Pendirian saya adalah mana-mana orang yang sedang menjalani kes jenayah tidak sepatutnya dilantik ke dalam kabinet sehinggalah dibebaskan sepenuhnya oleh mahkamah tanpa campur tangan eksekutif melalui pengguguran pendakwaan oleh Peguam Negara, yang sebenarnya merupakan lantikan politik. 

“Benar, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan. Maka biarkan mahkamah membuktikannya dan jika mereka tidak bersalah, rombak semula kabinet dan masukkan mereka. Kita tidak kekurangan bakat ahli-ahli Parlimen dan kita tidak akan sengsara tanpa sumbangan mereka sementara menunggu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. 

Tambahnya, sebagai pertubuhan masyarakat sivil yang bertanggungjawab, Bersih yang dipimpinnya akan terus konsisten menyuarakan kebimbangan dan pandangan terhadap tata kelola dan proses demokrasi.

“Peranan masyarakat sivil dan aktivis dalam negara adalah untuk menjadi suara nurani bagi kebenaran. Kami akan terus bersuara terhadap apa yang diterima sebagai adil, inklusif, baik dan rasional supaya kuasa akan terus diperingatkan tentang tanggungjawab mereka terhadap kita,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Thomas turut mengesyorkan kepada Anwar supaya menandantangani Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan gabungan parti yang menyertai pentadbirannya bagi mencapai kestabilan politik. 

Jelasnya, Perdana Menteri baharu itu juga dicadang supaya melakukan reformasi Parlimen untuk memberi ruang ‘Backbenchers’ dan Pembangkang memainkan peranan semak dan imbang yang berkesan. 

“Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seharusnya menjadi peluang emas untuk membina semula Malaysia, oleh itu jangan sesekali berkompromi dengan prinsip-prinsip penting yang kita lawan bertahun-tahun lamanya. 

“Prinsip yang membezakan antara kita dan cara lama mentadbir. Rasuah adalah barah dan semua orang dalam negara ini seiring dalam hal ini. Marilah kita menghantar mesej yang jelas bahawa Malaysia sedang bangkit dan kita tidak akan bertoleransi dengan korupsi atau sang koruptor,” katanya. 

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending