Connect with us

Antarabangsa

Ahli parlimen BJP saran penganut Hindu di India simpan senjata, pisau di rumah untuk lindung diri

Seorang ahli parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi berkata penganut Hindu di India perlu menyimpan ‘senjata’ dan ‘pisau’ di rumah untuk melindungi diri mereka, demikian lapor Independent.

Wartawan TMT

Published

on

Ahli parlimen BJP saran penganut Hindu di India simpan senjata, pisau di rumah untuk lindung diri
Foto: Pragya Thakur.
  • Pragya Thakur, ahli parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP) berkata penganut Hindu di India perlu menyimpan ‘senjata’ dan ‘pisau’ di rumah untuk melindungi diri mereka.
  •  “Jika seseorang menyusup masuk ke dalam rumah dan menyerang kita, kita berhak untuk bertindak balas terhadap mereka… Sama seperti cara pisau memotong sayur, ia juga mampu memotong mulut dan kepala,” – ahli parlimen BJP, Pragya Thakur.
  • Komen itu menerima pelbagai reaksi pengulas dan juga ahli pembangkang tetapi belum ada sebarang kenyataan BJP lagi berhubung kenyataan ahli parlimennya itu.

Seorang ahli parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi berkata penganut Hindu di India perlu menyimpan ‘senjata’ dan ‘pisau’ di rumah untuk melindungi diri mereka, demikian lapor Independent.

Pragya Thakur, ahli parlimen dari bandar Bhopal, Madhya Pradesh itu berkata demikian ketika berucap pada konvensyen tahunan Wilayah Selatan Hindu Jagarana Vedike di Karnataka pada Ahad lalu.

“Simpan senjata di rumah anda, jika tidak ada yang lain, sekurang-kurangnya pisau untuk memotong sayur-sayuran, tajam…

“…Setiap orang berhak untuk melindungi diri,” kata Thakur dalam ucapannya.

“Jika seseorang menyusup masuk ke dalam rumah dan menyerang kita, kita berhak untuk bertindak balas terhadap mereka.

“Sama seperti cara pisau memotong sayur, ia juga mampu memotong mulut dan kepala,” katanya.

Komen itu menerima pelbagai reaksi daripada pengulas dan juga ahli pembangkang tetapi belum ada sebarang kenyataan daripada BJP lagi.

Ini bukan kali pertama Thakur dituduh membuat komen berbaur hasutan dan sentimen agama.

Ahli Parlimen wanita itu juga merupakan tertuduh utama dalam kes letupan bom 2008, namun diikat jamin atas alasan kesihatan.

Sumber: Independent

 

Author

Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending