Connect with us

Antarabangsa

20 juta belia menganggur, China berdepan krisis pekerjaan terbesar

Kira-kira 20 juta rakyat China yang berusia antara 16 hingga 24 tahun kini menganggur di bandar-bandar dan pekan-pekan, demikian menurut anggaran stesen penyiaran CNN seperti dilaporkan akhbar Mint kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

20 juta belia menganggur, China berdepan krisis pekerjaan terbesar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira 20 juta rakyat China berusia antara 16-24 tahun kini menganggur di bandar-bandar dan pekan-pekan, demikian menurut anggaran stesen penyiaran CNN seperti dilaporkan akhbar Mint kelmarin.
  • Berdasarkan statistik pemerintah, terdapat 107 juta golongan belia di bandar-bandar negara itu manakala pengangguran di kawasan luar bandar tidak termasuk dalam laporan tersebut.
  • Kira-kira seorang daripada lima individu di China yang berkebolehan kehilangan pekerjaan disebabkan krisis pengangguran berkaitan Covid-19 serta dasar sifar Covid diamalkan Beijing.
  • Golongan muda China kini sedang mengalami krisis pekerjaan terbesar dalam tempoh lebih 40 tahun. 

 

BEIJING – Kira-kira 20 juta rakyat China yang berusia antara 16 hingga 24 tahun kini menganggur di bandar-bandar dan pekan-pekan, demikian menurut anggaran stesen penyiaran CNN seperti dilaporkan akhbar Mint kelmarin.

Berdasarkan statistik pemerintah, terdapat seramai 107 juta golongan belia di bandar-bandar negara itu manakala pengangguran di kawasan luar bandar tidak termasuk dalam laporan tersebut.

Kira-kira seorang daripada lima individu di China yang berkebolehan telah kehilangan pekerjaan disebabkan krisis pengangguran yang berkaitan dengan Covid-19 serta dasar sifar Covid diamalkan Beijing.

China berdepan kemerosotan ekonomi apabila syarikat-syarikat terkemuka yang beroperasi di negara tersebut memberhentikan pekerja-pekerja termasuk salah satu pembuat telefon pintar terbesar di dunia, Xiaomi.

Seorang pegawai Xiaomi baru-baru ini mendedahkan kepada CNN bahawa syarikat berkenaan secara rutin mengoptimumkan tenaga kerja dan menyelaraskan operasinya, yang menyebabkan kurang 10 peratus pekerja syarikat itu terjejas disebabkan tindakan tersebut.

Media milik pemerintah turut melaporkan Xiaomi akan memberhentikan beribu-ribu pekerja di beberapa jabatan termasuk operasi perniagaan internet dan telefon pintar.

Dalam sembilan bulan pertama 2022, Xiaomi mengurangkan pekerjaannya kira-kira 1,900 orang manakala sebahagian besar 35,000 pekerja sepenuh masa syarikat itu yang berpangkalan di China masih bekerja pada akhir September lalu. 

Disebabkan pelaksanaan dasar sifar-Covid oleh pemerintah, pendapatan syarikat tersebut dilaporkan merosot hampir 10 peratus pada masa sama.

Sementara itu, kadar pengangguran belia di China telah mencapai paras tertinggi tahun ini dengan peningkatan daripada 15.3 peratus pada Mac lepas kepada rekod baharu, 18.2 peratus pada April.

Beberapa bulan berikutnya, kadar pengangguran meningkat lebih tinggi iaitu mencecah 19.9 peratus ​​pada Julai lalu. 

Menurut angka dari Biro Perangkaan Kebangsaan China, kadar itu sedikit menurun kepada 18.7 peratus pada Ogos lalu tetapi masih menjadi antara yang tertinggi direkodkan, demikian menurut laporan akhbar The Hongkong Post.

Dalam pada itu, seramai 11.6 juta graduan kolej dijangka memasuki pasaran pekerjaan pada tahun akan datang, menyebabkan pasaran pekerjaan berpotensi menjadi lebih buruk, demikian menurut Kementerian Pendidikan China pada November lalu. 

Golongan muda China kini sedang mengalami krisis pekerjaan terbesar dalam tempoh lebih 40 tahun. 

Bagi Parti Komunis China yang memerintah pula, pengangguran beramai-ramai dikatakan menjadi halangan signifikan terhadap kemajuan di negara berkenaan. – AGENSI

 

Sumber : Kosmo

Author

Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending