Connect with us

Antarabangsa

19 muslim ditahan hadiri perkahwinan gay di Nigeria

Sepasukan polis moral di sebuah bandar utama di utara Nigeria menahan 19 individu beragama Islam yang didakwa menghadiri satu majlis perkahwinan pasangan sejenis, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam (21 Disember).

Wartawan TMT

Published

on

19 muslim ditahan hadiri perkahwinan gay di Nigeria
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis menyerbu majlis itu di bandar Kano selepas dapat maklumat. – Jurucakap polis, Lawal Ibrahim Fagge.
  • “Pasangan yang masih belum melafazkan ikrar perkahwinan itu melarikan diri dan polis kini sedang mencari mereka,” 
  • Perbuatan homoseksual adalah haram di kedua-dua sistem perundangan seluruh Nigeria,mereka yang tinggal di utara kebanyakannya agama Islam manakala penduduk di selatan sebahagian besar agama Kristian.
  • Kumpulan hak asasi manusia di Nigeria telah lama berkempen agar hak golongan gay dihormati tetapi dapat tentangan kuat di mana ramai orang Islam dan Kristian menegakkan nilai agama yang konservatif. 

 

ABUJA, Nigeria – Sepasukan polis moral di sebuah bandar utama di utara Nigeria menahan 19 individu beragama Islam yang didakwa menghadiri satu majlis perkahwinan pasangan sejenis, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam (21 Disember).

Mereka menyerbu majlis itu di bandar Kano selepas mendapat maklumat, kata jurucakap polis, Lawal Ibrahim Fagge.

“Pasangan yang masih belum melafazkan ikrar perkahwinan itu melarikan diri dan polis kini sedang mencari mereka,” tambah Fagge.

Majoriti penduduk di Kano beragama Islam di mana sistem perundangan Islam dikuatkuasakan bersama undang-undang sekular.

Perbuatan homoseksual adalah haram di bawah kedua-dua sistem perundangan di seluruh Nigeria, di mana mereka yang tinggal di utara kebanyakannya beragama Islam manakala penduduk di selatan sebahagian besar beragama Kristian.

Pasukan polis Islam Kano atau lebih dikenali sebagai Hisbah dan menguatkuasakan kod moral yang ketat.

Fagge memberitahu BBC bahawa pasukan polis tidak berhasrat untuk menghukum 15 tetamu lelaki dan empat wanita yang ditahan semasa serbuan pada Ahad lalu.

Sebaliknya, kumpulan yang dikatakan termasuk golongan gay itu sedang menjalani ‘sesi kaunseling’, dan ibu bapa atau penjaga mereka digesa untuk tampil ke hadapan.

“Kami akan mengambil jalan lain sebelum mendakwa mereka di mahkamah. Mula-mula kami menasihati mereka dan melibatkan ibu bapa. Kami berharap mereka mengubah gaya hidup mereka,” kata jurucakap Hisbah.

Mahkamah Islam Kano tidak pernah mensabitkan sesiapa kerana menjadi gay.

Kumpulan hak asasi manusia di Nigeria telah lama berkempen agar hak golongan gay dihormati tetapi terdapat penentangan kuat terhadapnya di mana ramai orang Islam dan Kristian menegakkan nilai agama yang konservatif. – Agensi

 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kes keganasan seksual berkaitan konflik naik 50 peratus pada 2023 – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.
  • Perkara itu menzahirkan kesan buruk ke atas wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam pertempuran konflik bersenjata.
  • “Ia merekodkan 3,688 kes keganasan seksual berkaitan konflik yang disahkan PBB yang berlaku sepanjang 2023, mencerminkan peningkatan dramatik sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai wanita, keamanan dan keselamatan yang dipetik agensi berita Anadolu.
  • Patten turut menekankan mesyuarat majlis PBB itu diadakan “ketika perbelanjaan ketenteraan melonjak kepada lebih $2.2 trilion, manakala belanjawan bantuan kemanusiaan dikurangkan”.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.

Perkara itu menzahirkan kesan buruk ke atas wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam pertempuran konflik bersenjata.

“Ia merekodkan 3,688 kes keganasan seksual berkaitan konflik yang disahkan PBB yang berlaku sepanjang 2023, mencerminkan peningkatan dramatik sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai wanita, keamanan dan keselamatan yang dipetik agensi berita Anadolu.

Patten turut menekankan mesyuarat majlis PBB itu diadakan “ketika perbelanjaan ketenteraan melonjak kepada lebih $2.2 trilion, manakala belanjawan bantuan kemanusiaan dikurangkan”.

Beliau turut menggariskan kesan yang tidak seimbang berlaku terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Pada 2023, wanita dan kanak-kanak perempuan menyumbang 95% daripada kes yang disahkan, dengan 5% direkodkan terhadap lelaki dan kanak-kanak (lelaki),” katanya.

Duta Muhibbah Wanita PBB, Danai Gurira yang menyuarakan sentimen Patten, menonjolkan sifat meluas jenayah merentasi 25 situasi konflik di seluruh dunia.

“Tiada yang lebih berbahaya daripada jenayah yang tidak diakui, jenayah yang ghaib dan dibiarkan berterusan,” kata Gurira.

Dia menekankan keperluan tindakan segera, menunjukkan kekebalan yang sering dinikmati pelaku di kawasan konflik.

“Sebahagian besarnya masih dengan kos bebas merogol dalam kekacauan konflik,” keluhnya, menyeru langkah lebih kuat untuk mengakhiri budaya kekebalan ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending