Connect with us

Antarabangsa

Ratu cantik Argentina dan Puerto Rico dedah mereka pasangan lesbian

Ratu cantik Puerto Rico dan Argentina mendedahkan mereka pasangan lesbian selepas mengumumkan berkahwin secara rahsia pada Jumaat, demikian lapor CBS.

Wartawan TMT

Published

on

Ratu cantik Argentina dan Puerto Rico dedah mereka pasangan lesbian
Foto: Ratu cantik Puerto Rico dan Argentina.
  • Fabiola Valentin, ratu cantik Puerto Rico dan Mariana Varela, ratu cantik Argentina mengumumkan sudah ‘berkahwin’ pada Jumaat lalu.
  • Mereka bertemu di pertandingan Miss Grand International 2020 dan merahsiakan perhubungan songsang mereka sejak itu.
  • Mereka mendedahkan perkahwinan yang sebelum ini rahsia itu melalui perkongsian video di Instagram.

Ratu cantik Puerto Rico dan Argentina mendedahkan mereka pasangan lesbian selepas mengumumkan berkahwin secara rahsia pada Jumaat, demikian lapor CBS.

Menerusi hantaran bersama di Instagram, Fabiola Valentin dari Puerto Rico dan Mariana Varela dari Argentina berkata, “selepas sekian lama merahsiakan hubungan kami, kami membuka rahsia ini pada hari istimewa 28/10/22.”

Hantaran klip video berdurasi 30 saat itu menunjukkan gambar mereka melancong bersama-sama berserta foto lamaran dan cincin perkahwinan mereka.

Abena Appiah yang merupakan pemenang Miss Grand International 2020 dalam komennya berkata ‘cinta’ antara Fabiola dan Mariana mula berputik ketika mereka menyertai pertandingan ratu cantik itu.

Fabiola yang pernah menduduki tempat tiga teratas di pertandingan Miss Universe Puerto Rico 2019, juga berjaya menduduki tempat 10 teratas bagi Miss Grand International 2020 bersama Mariana.

Sumber: CBS News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending