Connect with us

Antarabangsa

Perancis tutup dua sekolah Islam

Dua sekolah Islam telah ditutup di bandar Montpellier, selatan Perancis, menurut laporan media tempatan dipetik agensi berita Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Perancis tutup dua sekolah Islam
  • Dua sekolah Islam di bandar Montpellier, selatan Perancis ditutup pihak berkuasa.
  • Pegawai melakukan pemeriksaan tanpa notis pemberitahuan di kedua-dua sekolah itu pada Selasa lalu.
  • Gabenor wilayah Herault, Hugues Moutouh berkata sekolah itu beroperasi “secara haram” dan masjid di sekolah itu juga beroperasi tanpa kebenaran.

Dua sekolah Islam telah ditutup di bandar Montpellier, selatan Perancis, menurut laporan media tempatan dipetik agensi berita Anadolu.

Pegawai melakukan pemeriksaan tanpa notis pemberitahuan di kedua-dua sekolah itu pada Selasa lalu dan mengarahkan pihak pentadbiran menutupnya.

Serbuan dilakukan atas arahan Gabenor wilayah Herault, Hugues Moutouh.

Sebuah masjid kecil di salah sebuah sekolah juga akan ditutup.

Menurut Moutouh, sekolah itu beroperasi “secara haram” dan masjid itu juga beroperasi tanpa kebenaran, kata laporan itu.

Undang-undang baharu kontroversi diperkenalkan di Perancis tahun lalu dikritik kerana menekan umat Islam, manakala 25 masjid telah ditutup di negara itu atas pelbagai alasan.

Laporan Islamofobia Eropah 2021 yang dikeluarkan beberapa bulan lalu menyebut undang-undang baharu “yang sepatutnya memberikan tindak balas yang kuat terhadap ‘keganasan’ dan ‘Islam radikal’ sebenarnya telah mencetuskan tindakan keras terhadap organisasi Muslim.”

Laporan itu melabel Perancis sebagai salah satu “tempat utama kebencian anti-Muslim dan insiden Islamofobia” di benua itu.

Sumber: Anadolu

 

Author

Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending