Connect with us

Terkini

Pengundi Cina, India terima baik BN di Simpang Renggam

Penerimaan kaum Cina dan India terhadap calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Simpang Renggam, disifatkan agak memberangsangkan selepas beberapa pertemuan dilakukan sejak Sabtu. 

Wartawan TMT

Published

on

Pengundi Cina, India terima baik BN di Simpang Renggam
Foto: Tengah, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.
  • Penerimaan kaum Cina dan India terhadap calon BN di Parlimen Simpang Renggam dilihat sebagai petanda awal yang positif dan yakin ia mampu diterjemahkan kepada undi pada 19 November nanti, kata Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.
  • Hasni yang juga calon gabungan itu di kerusi parlimen itu berkata penerimaan berkenaan dilihat sebagai petanda awal positif dan yakin ia mampu diterjemahkan kepada undi.
  • “Rakyat pelbagai kaum juga menyambut baik kedatangan saya melalui ‘walk about’ sama ada di bandar Simpang Renggam ataupun di Pekan Layang-Layang,” katanya mengulas mengenai sentimen kaum Cina dan India di kawasan Parlimen berkenaan.

KLUANG: Penerimaan kaum Cina dan India terhadap calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Simpang Renggam, disifatkan agak memberangsangkan selepas beberapa pertemuan dilakukan sejak Sabtu. 

Pengerusi BN Johor dan calon gabungan itu di kerusi berkenaan, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata penerimaan berkenaan dilihat sebagai petanda awal yang positif dan yakin ia mampu diterjemahkan kepada undi pada 19 November nanti. 

“Sebagai wakil rakyat di Simpang Renggam, saya harus mempunyai cerminan (yang) mewakili pelbagai kaum dan ia tidak menjadi masalah kerana mempunyai perancangan untuk mereka. 

“Mereka juga menyambut baik kedatangan saya melalui ‘walk about’ sama ada di bandar Simpang Renggam ataupun di Pekan Layang-Layang,” katanya mengulas mengenai sentimen dan penerimaan kaum Cina dan India di kawasan Parlimen berkenaan.

Terdahulu, beliau menyertai majlis dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) di warung Wak Kayun di Kampung Sahari di Simpang Renggam, di sini. 

Ketika diminta mengulas mengenai pelawaan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Maszlee Malik, bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam untuk mengadakan debat ketika kempen PRU15 berhubung isu rakyat, beliau menyatakan lebih gemar mengambil pendekatan berdialog.

Beliau berkata dengan kaedah berdialog termasuk bersama orang kampung, cara itu akan menjadikannya lebih dekat dengan rakyat sekali gus memahami pemikiran dan permasalahan dihadapi rakyat. 

“Lebih elok kita adakan dialog dengan orang kampung daripada saya dengan awak (calon parti lain) nak berdebat…kita nak tunjuk apa dengan orang Simpang Renggam. Marilah kita dialog, calon-calon yang ada kalau boleh berdialoglah dengan orang kampung. 

“Sambil kita dengar soalan…kita faham apa orang kampung rasa, apa ada dalam pemikiran mereka, bukan kita berdialog (debat) ditonton oleh orang Simpang Renggam…sudahnya kita akan syok sendiri, berdebat berdua nak buat apa, lebih baik kita faham apa orang bawah nak,” katanya. 

Parlimen Simpang Renggam mempunyai 59,053 pengundi.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending