Antarabangsa
Pelampau Hindutva tuntut sekolah mohon maaf mainkan azan, hanya benarkan doa Hindu dan Kristian
Sebuah sekolah di daerah Udupi di Karnataka berdepan tentangan pertubuhan Hindutva kerana memainkan azan ketika mengendalikan hari sukan peringkat antara sekolah pada Selasa lalu.

- Sekolah itu – Mother Teresa Memorial School – adakan acara Swarnadhama Prarthana di mana pelajar menyanyi dan mempersembahkan lagu daripada ketiga-tiga agama – Hindu, Islam dan Kristian.
- Bagaimanapun, acara itu diganggu pelampau Hindutva yang mempersoalkan pihak sekolah tentang objektif mereka memainkan azan.
- Pelampau Hindutva adakan protes di persimpangan Shankaranarayana dakwa pelajar Hindu “dipaksa menyanyikan azan” semasa acara sukan dan beri amaran kepada penganjur supaya tidak menyakiti perasaan penganut Hindu.
- Pengasas sekolah itu cuba menenangkan keadaan dengan memohon maaf dan menerima kenyataan pelampau Hindutva itu bahawa memainkan azan adalah ‘kesilapan’ sementara pengikut Hindutva merakam video permohonan maaf itu.
Karnataka – Sebuah sekolah di daerah Udupi di Karnataka berdepan tentangan pertubuhan Hindutva kerana memainkan azan ketika mengendalikan hari sukan peringkat antara sekolah pada Selasa lalu.
Mother Teresa Memorial School menganjurkan acara Swarnadhama Prarthana di mana pelajar menyanyi dan mempersembahkan lagu ketiga-tiga agama – Hindu, Islam dan Kristian.
Acara itu disiarkan secara langsung di saluran Facebook dan YouTube sekolah.
Bagaimanapun, acara itu diganggu pertubuhan berhaluan kanan yang mempersoalkan pihak sekolah tentang objektif mereka memainkan azan.
Pelampau Hindutva mengadakan protes di persimpangan Shankaranarayana mendakwa pelajar Hindu “dipaksa menyanyikan azan” semasa acara sukan dan memberi amaran kepada penganjur supaya tidak menyakiti perasaan penganut Hindu.
Dalam video yang tular di Twitter, seorang pemimpin Hindutva dilihat bercakap dengan nada kasar kepada pengasas sekolah itu, Shamita. “Mengapa tiada lagu kebangsaan dimainkan? Anda harus menerima hakikat bahawa memainkan azan adalah satu kesilapan,” kata pemimpin Hindutva itu.
Shamita cuba menenangkan keadaan dengan memohon maaf dan menerima kenyataan pelampau Hindutva itu bahawa memainkan azan adalah ‘kesilapan’ sementara pengikut Hindutva merakam video permohonan maaf itu.
Shamita berulang kali mengatakan kepada Siasat.com bahawa niat memainkan Swarnadhama Prarthana bukanlah untuk menyinggung mana-mana agama.
“Kami mempunyai pelajar dari semua agama di sekolah kami. Swarnadhama Prarthana dipersembahkan berkali-kali pada masa lalu. Ia bermula dengan bacaan Om, diikuti dengan loceng gereja dan diakhiri dengan azan. Kami tidak pernah menghadapi sebarang kesulitan,” kata Shamita.
Bagaimanapun, dia mengulangi kenyataannya bahawa memainkan azan adalah satu kesilapan.
“Pihak pengurusan sekolah memutuskan untuk tidak melaungkan azan mulai sekarang. Kami hanya akan memainkan doa Hindu dan Kristian serta lagu kebangsaan,” katanya.
Sumber: Siasat.com

You must be logged in to post a comment Login