Connect with us

Terkini

Muhyiddin tokoh pertama dipercayai, Anwar kedua – Kajian UUM

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai Perikatan Nasional (PN) disifatkan tokoh paling dipercayai dalam satu kajian dilakukan oleh Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Wartawan TMT

Published

on

Muhyiddin tokoh pertama dipercayai, Anwar kedua - Kajian UUM
Foto: Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai Perikatan Nasional (PN) disifatkan tokoh paling dipercayai dalam satu kajian dilakukan oleh Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA), UUM.
  • Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memperoleh 20 peratus berbanding tokoh-tokoh lain.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim (19.2 peratus), Datuk Seri Najib Tun Razak (11.3 peratus), Tan Sri Abdul Hadi Awang (10.3 peratus),Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (9.5 peratus) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (5.9 peratus), satu-satunya tokoh wanita.

SHAH ALAM – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai Perikatan Nasional (PN) disifatkan tokoh paling dipercayai dalam satu kajian dilakukan oleh Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kajian bertajuk ‘Sentimen Masyarakat terhadap Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Malaysia’ tersebut menunjukkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memperoleh 20 peratus berbanding tokoh-tokoh lain.

Tokoh kedua paling dipercayai menurut kajian itu adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperoleh 19.2 peratus.

Menariknya, walaupun kini dihukum penjara, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi disifatkan antara tokoh paling dipercayai dan beliau menduduki tempat ketiga di belakang Muhyiddin dan Anwar.

Najib memperoleh 11.3 peratus dalam bancian yang dilakukan terhadap 2,716 responden dari 6 September hingga 5 November 2022 itu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula merupakan tokoh keempat paling dipercayai dengan memperoleh 10.3 peratus manakala Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad di tempat kelima (10.2 peratus).

Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menduduki tempat keenam dengan 9.5 peratus.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan satu-satunya tokoh wanita dipercayai yang termasuk dalam senarai berkenaan dan beliau memperoleh 5.9 peratus.

Tokoh-tokoh lain adalah Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal 1.4 peratus; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu (1.3 peratus); Pengerusi DAP, Lim Guan Eng (1.3 peratus); Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (0.8 peratus), Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran (0.2 peratus) dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (0.1 peratus).

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending