Connect with us

Antarabangsa

Kritik transgender, bekas bintang bola sepak Greece dipenjara & denda lebih RM20 ribu

Mahkamah salah laku Athens menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda 5,000 euro (RM23,588) kepada bintang bola sepak Greece bersara kerana membuat hantaran “transfobik” di Facebook sejak 2017 iaitu kes pertama seumpamanya di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Kritik transgender, bekas bintang bola sepak Greece dihukum penjara & denda lebih RM20K
Foto: Bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan Greece, Vasilis Tsiartas.
  • Mahkamah salah laku Athens menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda 5,000 euro (RM23,588) kepada bintang bola sepak Greece bersara kerana membuat hantaran “transfobik” di Facebook sejak 2017 iaitu kes pertama seumpamanya di negara itu.
  • Bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan Greece, Vasilis Tsiartas menjadi sasaran tindakan undang-undang berikutan tuntutan mahkamah difailkan aktivis trans Yunani terkenal, Marina Galanos.
  • Ia berikutan Undang-undang pengenalan diri jantina Greece pada 2017 menetapkan bukan lagi keperluan untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan bagi mana-mana individu menukar gender selain menurunkan umur minimum kepada 15 tahun. 
  • Gereja Ortodoks Yunani juga dilapor menentang undang-undang itu dan menyeru agar ia ditarik balik.

Mahkamah salah laku Athens menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda 5,000 euro (RM23,588) kepada bintang bola sepak Greece bersara kerana membuat hantaran “transfobik” di Facebook sejak 2017 iaitu kes pertama seumpamanya di negara itu.

Transfobik merujuk kepada perlakuan anti-transgender atau transeksual.

Bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan Greece, Vasilis Tsiartas menjadi sasaran tindakan undang-undang berikutan tuntutan mahkamah difailkan aktivis trans Yunani terkenal, Marina Galanos, demikian lapor Reduxx.

Ia berikutan Undang-undang pengenalan diri jantina Greece pada 2017 menetapkan bukan lagi keperluan untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan bagi mana-mana individu menukar gender selain menurunkan umur minimum kepada 15 tahun. 

Sebelum ini, mereka yang ingin menukar jantina pada dokumen rasmi perlu menjalani pembedahan menukar jantina dan melaksanakan ujian sepenuhnya.

Sebagai respon balas kepada kandungan rang undang-undang itu, Tsiartas, yang mempunyai pandangan politik konservatif, menggunakan Facebook untuk menyatakan fikirannya. 

Menurut You Weekly, Tsiartas menulis; “Perubahan jantina pertama harus dilakukan anak-anak mereka yang menyokong perkara memalukan ini. Mari lihat apa kebanggaan mereka. PS: Menghalalkan pedofilia dan menyelesaikan jenayah.”

Beberapa jam kemudiannya, Tsiartas juga menulis: “Tuhan menciptakan Adam dan Hawa”.

Tsiartas bukanlah satu-satunya warga Greece terkenal yang lantang menentang kelulusan rang undang-undang itu pada 2017. 

Kyriakos Mitsotakis, seorang ahli politik dan ketua Parti Demokrasi Baru yang berhaluan kanan tengah, turut menggunakan media sosial untuk menyatakan pandangannya dalam isu itu.

“Tidak dapat dibayangkan bila kita menghalang kanak-kanak berumur 15 tahun mengambil alkohol, namun membolehkan mereka membuat keputusan yang begitu penting (menukar jantina),“ tulis Mitsotakis di Facebook yang juga ketika itu menjadi penyandang Perdana Menteri Greece.

Gereja Ortodoks Yunani juga menentang undang-undang itu dan menyeru agar ia ditarik balik. 

Gereja juga menerbitkan kenyataan yang mengatakan rang undang-undang itu “menentang adat dan akal sehat, dan di atas semua, memusnahkan orang.”

Bagaimanapun, hanya Tsiartas menjadi sasaran aktivis berkenaan sekalipun pada 2021,  Galanos dilaporkan meninggal dunia semasa prosiding masih berlangsung.

Di Twitter, Tsiartas menyatakan dia merancang merayu sabitan itu dan akan menyiarkan butiran lanjut mengenai pelan tindakan undang-undangnya minggu ini.

Sumber : Reduxx

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending