Connect with us

Terkini

Kebajikan Sabah akan ditambah dalam manifesto BN – Bung Moktar

Barisan Nasional (BN) Sabah akan menambah beberapa perkara di dalam manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan konteks Sabah, kata Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Wartawan TMT

Published

on

Kebajikan Sabah akan ditambah dalam manifesto BN - Bung Moktar
Foto: Datuk Seri Bung Moktar Radin.
  • BN Sabah akan menambah beberapa perkara di dalam manifesto BN bagi PRU15 melibatkan konteks Sabah, kata Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin tanpa memperincikan perkara berkenaan.
  • Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, penambahan tersebut sudah dirangka dan akan dibentangkan sebelum hari pengundian pada 19 November ini.
  • Menurutnya, manifesto BN sudah cukup lengkap dan penambahan dibuat atas permintaan BN Sabah yang juga turut dipersetujui BN Pusat.
  • ADUN Lamag itu menegaskan ia realistik dan relevan serta bukan semata-mata hanya untuk memancing undi rakyat.

KOTA KINABALU, 9 Nov (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Sabah akan menambah beberapa perkara di dalam manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan konteks Sabah, kata Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Tanpa memperincikan perkara berkenaan, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata ia akan diumumkan sebelum hari pengundian pada 19 Nov ini.

“Ia (manifesto) mesti datang dari pemimpin Sabah, (dan) kita sudah rangka dan akan bentangkan nanti…sudah hampir siap, tidak banyak (penambahan)…cuma ada penambahan dua tiga perkara sebab manifesto BN (yang diumumkan) sudah cukup lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah perdana bersama calon Parlimen Sepanggar Datuk Yakub Khan di Dewan Kampung Warisan, malam tadi.

Pada Isnin lepas, BN melancarkan manifesto dengan menampilkan Perancangan Amal dan Usaha BN atau ringkasnya PADU, jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PADU merupakan tawaran baharu yang segar atau a new and fresh deal daripada BN kepada rakyat Malaysia, yang mengandungi 99 amal dan usaha BN bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata penambahan manifesto itu adalah atas permintaan BN Sabah yang juga turut dipersetujui BN Pusat selain menegaskan ia realistik dan relevan serta bukan semata-mata hanya untuk memancing undi rakyat

Beliau yang juga calon BN bagi Parlimen Kinabatangan dalam pada itu berkata BN Sabah tidak pernah merestui mana-mana calon yang bertanding atas tiket Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang merupakan komponen parti itu kerana ia melanggar perjanjian dengan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam masa sama, Bung Moktar menegaskan tiada tindakan yang boleh diambil memandangkan calon berkenaan menggunakan logo PBRS untuk bertanding.

Pada Sabtu lepas, calon PBRS Datuk Ewon Ebin disahkan bertanding di Parlimen Ranau yang menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan penyandangnya Datuk Jonathan Yasin (GRS), Apirin Jahalan @ Taufik Sham (Pakatan Harapan), Azizul Julirin (Pejuang) dan Markos Siton (Warisan).

Sumber: Bernama

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending