Terkini
“Hindutva bukan ekstremis,” – Presiden Malaysia Hindu Sangam
Hindutva memang satu prinsip yang dibawa oleh negara India, tetapi bukan bersifat menentang. Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk RS Mohan Shan berkata, Hindutva hanya mempertahankan fahaman Hindu.

- Hindutva satu prinsip yang bukan bersifat menentang tetapi mempertahankan fahaman Hindu.
- “Kalau tanya saya, Hindutva itu bukan ekstremis. Itu satu fahaman kepada penganut-penganut Hindu dan kepada kerajaan India untuk tidak menindas agama Hindu yang majoriti di India,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
- “Jadi, dia bagi keutamaan kepada minoriti seperti Kristian dan Islam. Dia tak bagi keutamaan untuk majoriti.
- “Itu sebab penganut Hindu di Tamil Nadu dan juga di kebanyakan negeri-negeri India mereka rasa tidak puas hatilah,” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai kekejaman Hindutva kepada golongan Islam.
KUALA LUMPUR – Hindutva memang satu prinsip yang dibawa oleh negara India, tetapi bukan bersifat menentang.
Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk RS Mohan Shan berkata, Hindutva hanya mempertahankan fahaman Hindu.
“Kalau tanya saya, Hindutva itu bukan ekstremis. Itu satu fahaman kepada penganut-penganut Hindu dan kepada kerajaan India untuk tidak menindas agama Hindu yang majoriti di India,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Di India, ujarnya, kalau di negeri-negeri kecil seperti Tamil Nadu memberikan kebebasan kepada golongan minoriti.
“Jadi, dia bagi keutamaan kepada minoriti seperti Kristian dan Islam. Dia tak bagi keutamaan untuk majoriti.
“Seperti Malaysia, apa yang dia nak bagi dekat majoriti banyak, tapi di sana dia terbalik, dia bagi minoriti.
“Itu sebab penganut Hindu di Tamil Nadu dan juga di kebanyakan negeri-negeri India mereka rasa tidak puas hatilah,” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai kekejaman Hindutva kepada golongan Islam.
Sambungnya, kumpulan itu tidak membunuh masyarakat Islam di sana sewenang- wenangnya.
“Ada satu perkara bila dia tuduh mereka menukar agama, orang India tuduh orang Islam itu, kemudian harinya orang itu dibunuh. Bukan semua dia nak bunuh. Itu tiadalah,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan penangkapan sekumpulan lelaki warga asing yang menghina Nabi Muhammad SAW seperti yang ditularkan melalui platform TikTok di Batu Caves, Selangor.
Mengulas lanjut katanya, insiden berkenaan berlaku kerana kumpulan itu tidak berpuas hati dengan isu umat Islam di India, namun tidak membabitkan mana-mana bangsa Malaysia.
Menurutnya, Hindutva tidak membawa pengajaran atau isu sensitif yang boleh mewujudkan satu perkara yang tidak disenangi.
“Sebab di India, walaupun majoriti agama Hindu besar, tapi di sana mereka tidak dapat mengamalkan pengajaran Hindu dengan bebas,” katanya.

You must be logged in to post a comment Login