Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin Hindu secara terbuka seru keganasan ke atas penganut Islam di Uttarakhand, India

Sekumpulan pemimpin agama Hindu di pentas Kelab Akhbar Dehradun pada 10 September lalu di Uttarakhand, India, mengeluarkan kenyataan provokatif secara terbuka menyeru keganasan terhadap orang Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sekumpulan pemimpin agama Hindu di pentas Kelab Akhbar Dehradun.
  • Sekumpulan pemimpin agama Hindu di pentas Kelab Akhbar Dehradun pada 10 September lalu di Uttarakhand, India, mengeluarkan kenyataan provokatif secara terbuka menyeru keganasan terhadap orang Islam.
  • Menurut laporan Newslaundry, penceramah utamanya, Yati Ramswaroopanand Giri memberi ucapan memecahbelahkan dan dengan berani mencetuskan provokasi menggesa orang Hindu melengkapkan diri mereka dengan senjata demi “melindungi wanita dalam keluarga mereka”.
  • “Setiap orang yang membaca dan mempercayai al-Quran akan menjadi pengganas,” katanya dipetik laporan badan hak asasi manusia Citizens for Justice and Peace (CJP).
  • Ramswaroopanand dilihat berulang kali terlibat dalam ucapan berunsur hasutan menggunakan acara itu untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian, sambil membuat tuduhan palsu dan kejam tentang orang Islam, termasuk rekaan cerita mengenai keganasan terhadap wanita di Bangladesh.
  • Dia turut mengumumkan bahawa “Vishwa Dharma Sansad” (upacara Hindu) pada Disember akan datang akan dibincangkan cara menjadikan Uttarakhand “Islam-mukt” (bebas dari Islam).

Sekumpulan pemimpin agama Hindu di pentas Kelab Akhbar Dehradun pada 10 September lalu di Uttarakhand, India, mengeluarkan kenyataan provokatif secara terbuka menyeru keganasan terhadap orang Islam.

Menurut laporan Newslaundry, penceramah utamanya, Yati Ramswaroopanand Giri memberi ucapan memecahbelahkan dan dengan berani mencetuskan provokasi menggesa orang Hindu melengkapkan diri mereka dengan senjata demi “melindungi wanita dalam keluarga mereka”.

“Setiap orang yang membaca dan mempercayai al-Quran akan menjadi pengganas,” katanya dipetik laporan badan hak asasi manusia Citizens for Justice and Peace (CJP).

Ramswaroopanand dilihat berulang kali terlibat dalam ucapan berunsur hasutan menggunakan acara itu untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian, sambil membuat tuduhan palsu dan kejam tentang orang Islam, termasuk rekaan cerita mengenai keganasan terhadap wanita di Bangladesh.

Dia turut mengumumkan bahawa “Vishwa Dharma Sansad” (upacara Hindu) pada Disember akan datang akan dibincangkan cara menjadikan Uttarakhand “Islam-mukt” (bebas dari Islam).

Walaupun kenyataan itu amat serius, ramai wartawan hadir tidak mencabar pemuka agama itu secara langsung.

Beberapa orang menyoal mengapa beliau tidak membicarakan isu mendesak lain seperti isu pengangguran, tetapi Ramswaroopanand membalas dengan perlian menuduh orang Hindu “lemah” berdepan dengan populasi Muslim yang semakin meningkat – satu dakwaan tidak berasas bertujuan menimbulkan ketakutan masyarakat setempat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending