Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Perusuh Hindu rempuh masjid ketika solat Tarawih

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Tangkap layar video perusuh Hindu rempuh masjid ketika Solat Tarawih
  • Sebuah video dimuat naik di media sosial yang menunjukkan puluhan penganut Hindu di daerah Ratnagiri, India meraikan perayaan Shimga dengan mengangkat sebatang kayu besar dan cuba merempuh masuk ke kawasan masjid, ketika solat Tarawih.
  • Cubaan untuk memasuki masjid dilakukan tiga kali, dengan ramai penganut Hindu meraikan tindakan mereka sambil menari di depan masjid.
  • Polis Ratnagiri pada Khamis menafikan dakwaan mengenai cubaan menceroboh masjid, dan mengatakan hanya terdapat laungan slogan agresif ketika perarakan, yang merupakan sebahagian daripada tradisi perayaan Holi di wilayah Konkan.

MAHARASHTRA – Kekecohan tercetus selepas beberapa penganut Hindu di Maharashtra cuba memasuki sebuah masjid di Ratnagiri ketika mereka menyambut perayaan Shimga, yang diraikan sehari sebelum perayaan Holi di kawasan Konkan, Maharashtra, India.

Pada Khamis, sebuah video dimuat naik di media sosial yang menunjukkan puluhan penganut Hindu di daerah Ratnagiri meraikan perayaan Shimga dengan mengangkat sebatang kayu besar dan cuba merempuh masuk ke kawasan masjid, ketika jemaah sedang solat Tarawih.

Namun, insiden perkauman itu berjaya dielakkan selepas pihak masjid dan jemaah segera menutup pintu pagar dan menahan pagar daripada diceroboh.

Laporan tempatan menyebut bahawa seorang individu mengalami kecederaan.

Dalam video tersebut cubaan untuk memasuki masjid dilakukan tiga kali, dengan ramai penganut Hindu meraikan tindakan mereka sambil menari di depan masjid.

Anggota polis yang kelihatan dalam video itu tidak mengambil sebarang tindakan ketika ramai penganut Hindu cuba memasuki masjid dengan memecahkan pagar menggunakan kayu besar.

Bagaimanapun menurut The Hindu polis Ratnagiri pada Khamis menafikan dakwaan mengenai cubaan menceroboh masjid, dan mengatakan hanya terdapat laungan slogan agresif ketika perarakan, yang merupakan sebahagian daripada tradisi perayaan Holi di wilayah Konkan.

Polis juga memberitahu bahawa satu video mengelirukan mengenai kejadian itu telah dipadamkan.

Bertindak balas daripada kenyataan polis itu, seorang peguam Muslim tempatan telah menuntut laporan polis yang lebih adil serta tindakan tegas terhadap pelaku.

Manakala pertubuhan All India Majlis-e-Ittehadul Muslimeen (AIMIM) pula menyifatkan kejadian itu sebagai satu serangan terhadap masjid dan mereka mengecam kerajaan Maharashtra berhubung insiden tersebut.

Selepas video itu tular, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dan kemarahan mereka terhadap penggunaan agama untuk mencetuskan ketegangan perkauman. — The Merdeka Times

Author