Connect with us

Terkini

GTA rombak pendidikan negara, kurang campur tangan politik jika diberi mandat PRU15

Gerakan Tanah Air (GTA) berjanji melakukan rombakan dalam kepimpinan pendidikan negara dengan memberikan tanggungjawab itu kepada kelompok profesional dan terpelajar serta mengurangkan campur tangan politik, jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Wartawan TMT

Published

on

GTA rombak pendidikan negara, kurang campur tangan politik jika diberi mandat PRU15
Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Gerakan Tanah Air (GTA) berjanji melakukan rombakan dalam kepimpinan pendidikan negara dengan memberikan tanggungjawab itu kepada kelompok profesional dan terpelajar serta mengurangkan campur tangan politik, jika diberi mandat PRU 15.
  • Rombakan sistem pendidikan itu antara yang terkandung dalam manifesto GTA.
  • GTA juga komited untuk menerokai sektor industri tinggi, TVET kemahiran tinggi, kecerdasan buatan, ekonomi data, aero-angkasa dan maritim.
  • Ladang solar, komoditi 2.0, animasi, kewangan digital, robotik dan ekonomi-biodiversiti antara ekonomi baharu dicadangkan untuk Malaysia.

KUALA LUMPUR – Gerakan Tanah Air (GTA) berjanji melakukan rombakan dalam kepimpinan pendidikan negara dengan memberikan tanggungjawab itu kepada kelompok profesional dan terpelajar serta mengurangkan campur tangan politik, jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Perkara itu terkandung dalam manifesto GTA pada PRU15.

“Ia perlu dirombak dan dimandatkan kepada kumpulan profesional dan terpelajar bidang pendidikan dan dikurangkan intervensi parti politik. 

“Pentingnya kepimpinan pendidikan dipisahkan dari agenda politik berkepentingan bagi memperkukuhkan standard perguruan, pendidikan dan sains dan teknologi sesuai dengan keperluan masa hadapan

“GTA juga komited untuk menerokai sektor industri tinggi, TVET kemahiran tinggi, kecerdasan buatan, ekonomi data, aero-angkasa dan maritim,” demikian menurut manifesto GTA.

Selain itu, GTA akan melaksanakan projek ladang solar, komoditi 2.0, animasi, kewangan digital, robotik dan ekonomi-biodiversiti sebagai antara ekonomi baharu untuk Malaysia.

“GTA juga bakal memberi akses dan sokongan lebih luas kepada kelompok B40 dan kumpulan yang terpinggir ke pengajian tinggi,” kata manifesto gabungan parti politik itu.

GTA merupakan gabungan pimpinan Gagasan Bangsa, individu-individu yang tidak terlibat dalam pertubuhan parti politik, dan parti-parti politik seperti Pejuang, Putra, Berjasa serta Iman.

Memandangkan belum diluluskan oleh pihak pendaftar, GTA akan menggunakan logo dan simbol Pejuang untuk bertanding dalam PRU15 pada 19 November ini.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending