Connect with us

Antarabangsa

FIFA bantu 830 pemain Piala Dunia Qatar dari dihujani kebencian, pembulian dalam talian

FIFA dan kesatuan pemain bola sepak sedunia melancarkan sebuah perkhidmatan bagi membantu melindungi pemain-pemain di Piala Dunia daripada dibuli dalam talian ketika pertandingan.

Wartawan TMT

Published

on

FIFA bantu 830 pemain Piala Dunia Qatar dari dihujani kebencian, pembulian dalam talian
FIFA World Cup Qatar 2022
  • FIFA menyatakan 830 orang pemain di Qatar dapat memiliki akses bagi “perkhidmatan pengawasan, laporan serta moderasi” yang bertujuan bagi menyaring tuturan kebencian ditujukan kepada mereka.
  • Ia bantu melindungi pemain daripada kesan buruk terhadap kesihatan mental yang diakibatkan oleh hantaran di media sosial. 
  • FIFA menyatakan kira-kira separuh daripada peserta Piala Dunia dibuli dan didiskriminasi dalam talian, di mana kebanyakannya adalah datang daripada negara mereka sendiri.

DOHA – FIFA dan kesatuan pemain bola sepak sedunia melancarkan sebuah perkhidmatan bagi membantu melindungi pemain-pemain di Piala Dunia daripada dibuli dalam talian ketika pertandingan.

Pada Rabu lalu, FIFA telah menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 830 orang pemain di Qatar yang dapat memiliki akses bagi “perkhidmatan pengawasan, laporan serta moderasi” yang bertujuan bagi menyaring tuturan kebencian yang ditujukan kepada mereka.

FIFA menerusi Presidennya, Gianni Infantino telah berkata bahawa pihak mereka gembira dalam melancarkan perkhidmatan yang dapat membantu melindungi para pemain daripada kesan buruk terhadap kesihatan mental yang diakibatkan oleh hantaran di media sosial. Beliau berkata lagi,

“FIFA komited dalam menyediakan keadaan yang terbaik bagi para pemain supaya mereka dapat beraksi dengan cemerlang.”

Piala Dunia Qatar bakal berlangsung pada Ahad ini, hanya beberapa hari setelah mana Twitter memecat beberapa kontraktor yang bekerja di dalam pasukan yang berfungsi untuk menapis kandungan-kandungan yang dianggap sebagai mempunyai unsur kebencian dan bahaya.

Dalam menyebut perincian mengenai projek tersebut, FIFA sama sekali tidak menyebut berkenaan Twitter.

FIFA turut menyatakan bahawa kira-kira separuh daripada peserta Piala Dunia telah dibuli dan didiskriminasi secara dalam talian, di mana kebanyakannya adalah datang daripada negara mereka sendiri.

Sumber : Samudera.my

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending