Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Media Jerman bersikap anti-Islam dalam melaporkan Piala Dunia 2022

Segmen berita media Jerman telah dilabel sebagai rasis selepas membuat laporan pemain pasukan bola sepak Maghribi “bergambar dengan isyarat Islamic State (IS)”.

Wartawan TMT

Published

on

(VIDEO) Media Jerman bersikap anti-Islam dalam melaporkan Piala Dunia 2022
Foto: Saluran televisyen Jerman, Welt yang membuat laporan anti-Islam mengenai pemain pasukan Maghribi meraikan kemenangan mereka dengan isyarat jari telunjuk.

Segmen berita media Jerman telah dilabel sebagai rasis selepas membuat laporan pemain pasukan bola sepak Maghribi “bergambar dengan isyarat Islamic State (IS)”.

Memetik laporan Middle East Eye, pengacara televisyen saluran Welt itu merujuk kepada gambar pemain pasukan Maghribi yang meraikan kejayaan menentang Portugal di perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar.

Dalam gambar itu, pemain memegang bendera Maghribi sambil mengangkat jari telunjuk masing-masing, simbol keesaan Tuhan yang telah digunakan umat Islam sejak berabad lamanya.

Bagaimanapun, saluran Welt menyiarkan gambar itu dan mendakwa isyarat jari telunjuk itu ialah isyarat organisasi pengganas IS.

Segmen tersebut juga seterusnya mendakwa pemain tidak sedar akan maksud yang dibawakan oleh isyarat jari telunjuk itu.

Terdahulu, media dan wartawan Jerman turut menuduh penyokong Piala Dunia sebagai anti-Yahudi kerana mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan pro-Palestin semasa perlawanan.

Sumber: Middle East Eye

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending