Connect with us

Antarabangsa

Piala Dunia 2022: Lebih 120 ditahan ekoran ‘keganasan perkauman’ di Perancis

Lebih 120 orang ditahan susulan “keganasan perkauman” di Paris dan beberapa bandar lain selepas Perancis memenangi perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 dengan mengetepikan Maghribi pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Piala Dunia 2022: Lebih 120 ditahan ekoran ‘keganasan perkauman’ di Perancis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 120 orang ditahan susulan “keganasan perkauman” di Paris dan beberapa bandar lain selepas Perancis memenangi perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 mengalahkan Maghribi pada Rabu.
  • Kira-kira 10,000 pegawai polis dikerah di seluruh Perancis ekoran kebimbangan kemungkinan berlaku rusuhan termasuk 5,000 anggota di kota Paris dan kawasan sekitarnya.
  • Penyokong Maghribi berdepan serangan lisan dan fizikal daripada beberapa kumpulan ketika meraikan kemenangan Perancis itu.
  • Ahli Parlimen Perancis Thomas Portes mengutuk “serangan yang dirancang” dan “keganasan perkauman” itu.

PARIS: Lebih 120 orang ditahan susulan “keganasan perkauman” di Paris dan beberapa bandar lain selepas Perancis memenangi perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 dengan mengetepikan Maghribi pada Rabu.

Kira-kira 10,000 pegawai polis dikerah di seluruh Perancis ekoran kebimbangan kemungkinan berlaku rusuhan termasuk 5,000 anggota ditempatkan di kota Paris dan kawasan sekitarnya, lapor Agensi Anadolu.

Penyokong Maghribi berdepan serangan secara lisan dan fizikal daripada beberapa kumpulan ketika meraikan kemenangan Perancis itu.

Sekurang-kurangnya 115 orang ditahan di kota Paris dan kawasan sekitarnya, lapor media tempatan.

Keganasan turut dilaporkan berlaku di bandar utama lain seperti Lyon, Nice dan Montpellier.

Ahli Parlimen Perancis Thomas Portes mengutuk “serangan yang dirancang” dan “keganasan perkauman” itu.

“Kita hampir dengan tragedi. Kita mesti bertindak,” tulisnya di Twitter.

Seorang lagi Ahli Parlimen Antoine Leaument berkata: “Tindakan bersifat perkauman adalah jenayah dan menyeru agar pelaku dihukum mengikut undang-undang Perancis.”-BERNAMA

Sumber: Astro Awani

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending