Connect with us

Antarabangsa

Disyaki terlibat pengganas, madrasah di Assam diminta hantar maklumat guru

Kerajaan negeri Assam di India meminta semua madrasah di negeri itu memberikan maklumat mengenai guru-guru di madrasah mereka selewat-lewatnya 1 Disember depan, kata seorang pegawai pada Rabu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Disyaki terlibat pengganas, madrasah di Assam diminta hantar maklumat guru
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Assam arah semua madrasah di negeri itu menghantar maklumat guru-guru mereka kepada Direktorat Pendidikan Menengah selewat-lewatnya 1 Disember depan.
  • Madrasah di negeri itu berada di bawah pengawasan kerajaan selepas beberapa guru ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan pengganas.
  • Guru-guru itu merupakan antara 47 individu ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas dengan modul Al-Qaeda dalam tempoh enam bulan lalu.

Kerajaan negeri Assam di India meminta semua madrasah di negeri itu memberikan maklumat mengenai guru-guru di madrasah mereka selewat-lewatnya 1 Disember depan, kata seorang pegawai pada Rabu lalu.

Seorang pegawai kanan kerajaan berkata pihak madrasah diarahkan untuk memberikan butiran itu kepada Direktorat Pendidikan Menengah.

Tarikh akhir terbaharu itu ditetapkan semasa mesyuarat dihadiri Ketua Pengarah Polis (DGP), Bhaskarjyoti Mahanta.

Menurut laporan Muslim Mirror, madrasah di negeri itu berada di bawah pengawasan kerajaan selepas beberapa guru ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan pengganas.

Tiga madrasah dirobohkan oleh pentadbiran negeri, manakala sebuah lagi institusi seperti itu dimusnahkan orang awam.

Terdahulu, seramai 47 individu termasuk beberapa guru madrasah, ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas dengan modul Al-Qaeda di Benua Kecil India (AQIS) dan Pasukan Ansarullah Bangla (ABT) dalam tempoh enam bulan lalu.

Sumber: Muslim Mirror

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *