Connect with us

Antarabangsa

Berunsur LGBT, ‘Black Panther: Wakanda Forever’ diharamkan di China

China mungkin akan mengharamkan tayangan filem superhero Black Panther: Wakanda Forever yang mana filem tersebut telah ditayangkan di seluruh dunia.

Wartawan TMT

Published

on

Berunsur LGBT, ‘Black Panther: Wakanda Forever’ diharamkan di China
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut The Hollywood Reporter, tayangan filem itu mungkin akan diharamkan di China berikutan terdapat unsur-unsur LGBT, di mana adanya babak di dalam filem tersebut yang menonjolkan beberapa watak ‘queer’ secara terbuka.
  • Antara filem-filem lain diharamkan lembaga penapisan China berikutan terdapatnya elemen-elemen LGBT adalah Thor: Love and Thunder dan Doctor Strange In the Multiverse Of Madness and Eternals.
  • Lembaga penapisan China telah lama menyaring beberapa tema terdapat dalam filem-filem akan ditayangkan sebagai satu usaha memelihara nilai-nilai tradisional pada budaya mereka.

CHINA, 15 November 2022 – China mungkin akan mengharamkan tayangan filem superhero Black Panther: Wakanda Forever yang mana filem tersebut telah ditayangkan di seluruh dunia.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menurut The Hollywood Reporter, tayangan filem tersebut mungkin akan diharamkan di China berikutan terdapat unsur-unsur LGBT, di mana adanya babak di dalam filem tersebut yang menonjolkan beberapa watak ‘queer’ secara terbuka.

Black Panther: Wakanda Forever bukanlah filem Marvel pertama yang telah disenarai hitamkan di China.

Antara filem-filem lain yang telah diharamkan oleh lembaga penapisan China berikutan terdapatnya elemen-elemen LGBT adalah Thor: Love and Thunder dan Doctor Strange In the Multiverse Of Madness and Eternals.

Lembaga penapisan China telah lama menyaring beberapa tema yang terdapat di dalam filem-filem yang akan ditayangkan sebagai satu usaha untuk memelihara nilai-nilai tradisional pada budaya mereka.

Tahun lalu, pihak Pentadbiran Radio dan Televisyen Kebangsaan China telah menggunakan perkataan yang dianggap menghina terhadap lelaki pondan sebagaimana yang telah dilaporkan oleh USA Today.

Selain itu, pihak yang sama juga turut menyatakan kepada penyiar TV agar mereka “menghentikan (tayangan) pondan dan (perkara) estetik lain yang bersifat tidak normal”.

Sumber : Samudera.my

 

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending