Connect with us

Antarabangsa

Beratus jemaah masjid dan gereja dibunuh pelampau agama di Nigeria – Uskup Katolik

Uskup Katolik dari Nigeria, Matthew Hassan Kukah mendakwa negaranya menjadi ‘kawah keganasan’ di tangan pelampau Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Beratus jemaah masjid dan gereja dibunuh pelampau agama di Nigeria - Uskup Katolik
Foto: Uskup Katolik dari Nigeria, Matthew Hassan Kukah.
  • Uskup Katolik dari Nigeria, Matthew Hassan Kukah mendakwa negaranya menjadi ‘kawah keganasan’ di tangan pelampau Islam.
  • Menurutnya, keganasan itu turut dilakukan terhadap orang Islam sendiri dan Kristian yang terperangkap dalam peperangan antara mazhab.
  • Kukah menggesa pemimpin agama dunia untuk bekerjasama menentang mereka yang melakukan keganasan.

INDONESIA – Uskup Katolik dari Nigeria, Matthew Hassan Kukah mendakwa negaranya menjadi ‘kawah keganasan’ di tangan pelampau Islam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Agama G20 yang dihoskan parti politik Nahdlatul Ulama di Bali, semalam.

Menurutnya, keganasan itu turut dilakukan terhadap orang Islam sendiri dan Kristian yang terperangkap dalam peperangan antara mazhab.

“Setiap hari, berita tentang penculikan, rompakan bersenjata, penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan kes pembunuhan rakyat yang tidak bersalah berterusan. 

“Ruang suci kami telah menjadi tempat pembunuhan. Beratus-ratus jemaah masjid dan gereja telah dibunuh di seluruh negara,” katanya.

Kukah memuji pihak penganjur kerana mengambil langkah ‘mencegah penggunaan senjata’ dan ‘mengekang penyebaran kebencian komunal’.

Antara keganasan dilakukan pelampau Islam adalah penculikan rakan paderi dan kes Deborah Samuel, seorang pelajar Kristian yang pada 13 Mei dituduh menghujat serta dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan pelajar Islam.

Kukah menggesa pemimpin agama dunia untuk bekerjasama menentang mereka yang melakukan keganasan.

Beliau menyeru kerajaan untuk menamatkan diskriminasi agama dan mempertahankan perlembagaan negara mereka.

Sumber: Catholic News Agency 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending