Connect with us

Terkini

Amirudin akan sumbang gaji ke tabung komuniti Gombak jika menang

Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari, bakal menyumbang gajinya sebagai Ahli Parlimen ke dalam tabung komuniti Gombak, jika memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bagi membangunkan infrastruktur dan prasarana rakyat di kawasan berkenaan.

Wartawan TMT

Published

on

Amirudin akan sumbang gaji ke tabung komuniti Gombak jika menang
Foto: Datuk Seri Amirudin Shari, Calon Pakatan Harapan (PH)
  • Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari, bakal menyumbang gajinya sebagai Ahli Parlimen ke dalam tabung komuniti Gombak jika memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
  • Menurutnya, ia bertujuan memantapkan infrastruktur tempatan serta manfaat dan kebajikan penduduk Gombak.
  • “Saya juga akan menjemput pihak swasta yang ingin menyumbang, untuk memasukkannya ke dalam tabung ini. Ia akan berguna bagi membangunkan infrastruktur, komuniti serta prasarana kepada rakyat secara terus, selain peruntukan kerajaan,” – Datuk Seri Amirudin Shari

GOMBAK: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari, bakal menyumbang gajinya sebagai Ahli Parlimen ke dalam tabung komuniti Gombak, jika memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bagi membangunkan infrastruktur dan prasarana rakyat di kawasan berkenaan.

Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau akan membangun serta menyelaraskan dana terbabit bersama sektor awam dan swasta, bagi memantapkan infrastruktur tempatan serta manfaat dan kebajikan penduduk Gombak.

“Kalau saya masih kekal Ahli Dewan Undangan Negeri, ada jawatan dalam kerajaan negeri dan tiada apa-apa tanggungjawab peringkat Persekutuan, gaji ini akan saya letakkan di sini (Gombak)

“Saya juga akan menjemput pihak swasta yang ingin menyumbang, untuk memasukkannya ke dalam tabung ini. Ia akan berguna bagi membangunkan infrastruktur, komuniti serta prasarana kepada rakyat secara terus, selain peruntukan kerajaan,” katanya ketika berucap melancarkan ‘Deklarasi Gombak, Lima Tekad untuk Lima Tahun’ di bilik gerakan PH, di sini, hari ini.

Sementara itu, Amirudin membidas kenyataan beberapa pihak yang mempersoalkan keabsahan beliau bertanding di kerusi Parlimen Gombak, kerana jawatannya selaku Menteri Besar dianggap sebagai penjawat awam.

Beliau mendakwa sudah menerima mesej daripada bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjelaskan bahawa kedudukan Menteri Besar adalah anggota pentadbiran dan bukan penjawat awam.

Selain itu, katanya, beliau telah merujuk penasihat undang-undang Selangor, William Leong Jee Keen, sebagai peguam yang turut memaklumkan perkara sama.

“Saya rasa ini (dakwaan) dibuat oleh beberapa pihak yang naif dan jahil mengenai Perlembagaan serta peraturan. Banyak (dakwaan terbabit) bertebaran dalam WhatsApp… janganlah guna cara macam itu, tak elok,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending