Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen, Majlis Raja-Raja akan hilang kuasa lulus undang-undang sekiranya BSD diguna mahkamah – peguam

Jika dahulu dua per tiga Parlimen perlu meluluskan undang-undang dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja untuk menjadikan sesebuah undang-undang itu sah, namun ‘Basic Structure Doctrine (BSD)’ atau Doktrin Struktur Asas akan mengatasi kedua-dua kuasa terbabit sekaligus mengetepikan undang-undang tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen, Majlis Raja-Raja akan hilang kuasa lulus undang-undang sekiranya BSD diguna mahkamah - peguam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jika dahulu dua per tiga Parlimen perlu meluluskan undang-undang dan dapat perkenan Majlis Raja-Raja untuk menjadikan sesebuah undang-undang itu sah, namun ‘Basic Structure Doctrine (BSD)’ akan mengatasi kedua-dua kuasa terbabit sekaligus mengetepikan undang-undang tersebut.
  • Peguam, Lukman Sheriff Alias di Facebooknya, berkata, satu hal jauh menakutkan berkenaan bahaya doktrin itu adalah apabila ketetapan mahkamah tidak boleh diubah, dipinda dan dibetulkan oleh Parlimen. 
  • Perkara itu, sekali gus menyaksikan rakyat terikat dengan ketetapan tersebut secara total tanpa mempunyai ruang membetulkannya.
  • “Saya tahu isu ini bukan isu pokok PRU15. Saya tahu masih ramai politician tidak tahu implikasi isu ini kepada negara kita tetapi ia penting. Ia telah mengubah struktur Perlembagaan kita tanpa persetujuan dan pengetahuan kita. Ia seolah-olah menulis kembali perlembagaan kita.”
  • Beliau gesa kesemua pihak membantah penggunaan doktrin tersebut oleh mahkamah, malah tegasnya sekiranya isu itu tidak dapat dibawa bagi PRU15 wajar diketengahkan selepas PRU tersebut.

KUALA LUMPUR – Jika dahulu dua per tiga Parlimen perlu meluluskan undang-undang dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja untuk menjadikan sesebuah undang-undang itu sah, namun ‘Basic Structure Doctrine (BSD)’ atau Doktrin Struktur Asas akan mengatasi kedua-dua kuasa terbabit sekaligus mengetepikan undang-undang tersebut.

Peguam, Lukman Sheriff Alias di Facebooknya, berkata, satu hal yang jauh menakutkan berkenaan bahaya doktrin itu adalah apabila ketetapan mahkamah tidak boleh diubah, dipinda dan dibetulkan oleh Parlimen. 

Perkara itu, sekali gus menyaksikan rakyat akan terikat dengan ketetapan tersebut secara total tanpa mempunyai ruang untuk membetulkannya.

Isu BSD menjadi perdebatan dalam kalangan pelbagai pihak sejak kebelakangan ini, apabila ia ditimbulkan semula oleh beberapa hakim Mahkamah Sivil yang banyak menjadikan BSD sebagai justifikasi dalam penghakiman kes-kes mereka.

Hal itu dinyatakan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, yang juga menjelaskan bahawa meskipun BSD banyak dijadikan justifikasi dalam kes Mahkamah Sivil, namun tidak wujud sebarang hitam putih dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia diimport dari India, sedangkan Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan Malaysia bersumberkan dua rujukan induk tertinggi iaitu al-Quran dan sunnah.

Menjelas lanjut berkenaan itu,  Lukman Sheriff  berkata BSD itu merupakan satu doktrin yang diperkenalkan mahkamah yang memberi kuasa kepada institusi itu membuat undang-undang yang tidak boleh dipinda atau diubah oleh rakyat.

Kenapa hak demokrasi kita sebagai rakyat untuk meminda disekat dan ditekan oleh mahkamah. Besar implikasi ini tuan-tuan. Tun Abdul Hamid (Mantan Ketua Hakim Negara) menyatakan bahawa BSD ini bersama kes-kes yang terbaru bakal menjatuhkan jenayah syariah.

“Ini sebenarnya mengancam nilai budaya kita yang sepatutnya ditentukan oleh kita bukan mahkamah semata-mata,” kata beliau pada Ahad.

Tambahnya, “Saya tahu isu ini bukan isu pokok untuk Pilihan Raya Umum ke-15. Saya tahu bahawa masih ramai politician tidak tahu implikasi isu ini kepada negara kita tetapi isu ini penting. Ia telah mengubah struktur Perlembagaan kita tanpa persetujuan dan pengetahuan kita.

Ia seolah-olah menulis kembali perlembagaan kita.”

Berikutan itu juga, katanya sebelum ini, hakim-hakim tersohor di Malaysia berkeras menolak BSD iaitu Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Mohd Sufian dan Tun Abdul Hamid.

“Tun Hamid berkata hakim bukanlah Parlimen. Almarhum Sultan Azlan Shah  menyatakan  hakim-hakim mempunyai satu tugas yakni menerangkan undang-undang Expound the Law bukan membuat undang-undang yang menjadi  bidang kuasa legislatif dan hak rakyat,” kata beliau menerusi video berdurasi tiga minit 45 saat.

Pada masa sama, beliau turut mengatakan bahawa bahaya lain bagi doktrin itu adalah akan menyebabkan Mahkamah Syariah selama-lamanya menjadi satu tribunal rendah.

Ini berikutan, implikasi doktrin itu sendiri dikatakan tidak akan membenarkan sekiranya golongan Muslim menginginkan Mahkamah Syariah diberi kuasa kehakiman, misalnya mengadili badan-badan agama (bukan Syariah) kerana mengikut Mahkamah Sivil, ia adalah asas Perlembagaan yang tidak boleh dipinda.

Jelasnya, perkara tersebut tidak pernah termaktub di dalam Perlembagaan sebaliknya ia merupakan undang-undang baru.

Justeru, beliau menggesa kesemua pihak membantah penggunaan doktrin tersebut oleh mahkamah di Malaysia, malah tegasnya sekiranya isu itu tidak dapat dibawa bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) wajar untuk kita mengetengahkannya selepas PRU tersebut.

Dalam pada itu, Datuk Zainul Rijal berkata kegusaran orang Islam mula timbul berkenaan isu ini, berikutan Mahkamah Syariah seolah-olah tidak mempunyai kuasa menentukan beberapa isu dalam keislaman secara muktamad.

Menurutnya, hal itu kerana keabsahan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah berkenaan perkara berkaitan agama Islam kini boleh dicabar melalui Mahkamah Sivil, sedangkan fatwa dan isu-isu khusus memerlukan kepakaran dalam ilmu alat pengeluaran seperti usul fiqh, kemahiran tinggi dalam bahasa Arab dan ilmu al-Quran serta hadis.

Pada September lalu, Lukman Sheriff bersama peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Yusfarizal Yusoff, Aidil Khalid dan Badruzzaman Ishak telah melancarkan petisyen bantahan ke atas penggunaan ‘Basic Structure Doctrine’ (BSD) atau Doktrin Struktur Asas yang digunakan Mahkamah Persekutuan kebelakangan ini.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata, BSD yang diceduk dari India sudah ditolak penggunaannya oleh mahkamah tertinggi di Malaysia selama lebih 60 tahun dan oleh hakim-hakim agung seperti Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Mohd Sufian dan Tun Abdul Hamid. 

Sumber : Facebook Lukman Sheriff

 

Author

Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending