Connect with us

Terkini

Walau kerjasama gagal dimeterai, persahabatan UMNO-PAS tidak akan putus

Persahabatan yang terjalin antara UMNO dan Pas tidak akan putus, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Wartawan TMT

Published

on

Walau kerjasama gagal dimeterai, persahabatan UMNO-PAS tidak akan putus
Foto: Ahli-ahli UMNO di bilik mesyuarat.
  • Persahabatan yang terjalin antara UMNO dan Pas tidak akan putus.
  • Walaupun Pas tidak bersama UMNO pada PRU-15 namun hubungan sahabat tidak akan berakhir.
  • Muafakat ummah diteruskan dengan hubungan individu walaupun bukan melalui parti.

KUALA LUMPUR – Persahabatan yang terjalin antara UMNO dan Pas tidak akan putus, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, walaupun Pas tidak bersama UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun hubungan sahabat diharap tidak akan putus.

“Muafakat ummah diteruskan dengan hubungan individu walaupun bukan melalui parti,” katanya menerusi posting yang dimuat naik di Facebooknya pada Jumaat.

Turut dimuat naik gambar ketika Mesyuarat Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri yang diadakan di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Pada Khamis. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu memutuskan untuk memperkukuh kerjasama dalam PN atas prinsip penyatuan ummah dan perkara itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,

Sejurus itu, UMNO dan BN menerusi Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskan parti itu bergerak secara solo bagi menghadapi PRU15 susulan keputusan dibuat Pas.

Sumber: Sinar Harian 

Advertisement

 

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending