Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Switzerland haramkan wanita berniqab, kenakan denda lebih RM4,700

Tindakan Switzerland mengharamkan pemakaian niqab dan mengenakan denda melebihi USD1,000 (RM4,700) bagi mereka yang melanggar larangan itu dikecam hebat kerana berunsur Islamofobia dan seksisme.

Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Switzerland haramkan wanita berniqab, kenakan denda lebih RM4,700
Foto: Papan tanda di Switzerland yang melarang pemakaian niqab, sumber AFP.

Tindakan Switzerland mengharamkan pemakaian niqab dan mengenakan denda melebihi USD1,000 (RM4,700) bagi mereka yang melanggar larangan itu dikecam hebat kerana berunsur Islamofobia dan seksisme.

Difahamkan denda dan larangan sama tidak dikenakan ke atas mereka yang memakai topeng pelitup muka sekalipun pada dasarnya larangan itu dikatakan bertujuan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 

Menurut instagram @ajplus, “Jika anda memakai niqab di Switzerland, anda boleh didenda USD1,000. Pakai topeng muka, tiada denda”.

Undang-undang yang memaksa orang ramai menunjukkan keseluruhan wajahnya di tempat awam itu dicadangkan Kerajaan Switzerland selepas referendum 2021 di mana orang ramai mengundi untuk mengharamkan penutup muka di tempat awam.

Kumpulan berhaluan kanan sebelum ini mengkritik larangan itu yang disifatkan sebagai Islamofobia dan seksisme.

Parlimen Switzerland menyatakan bahawa “Larangan menutup muka bertujuan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam. Hukuman bukanlah keutamaan.”

Switzerland adalah salah satu daripada sekurang-kurangnya enam negara yang mengharamkan penutup muka. 

Perancis mengharamkan penutup muka penuh di khalayak ramai pada tahun 2011. 

Denmark, Austria, Bulgaria, Norway dan Belanda mengenakan larangan sepenuhnya atau sebahagian penutup muka di khalayak ramai.

Persekutuan Pertubuhan Islam di Switzerland berkata, “menetapkan kod pakaian dalam perlembagaan bukanlah perjuangan pembebasan untuk wanita sebaliknya ia seolah-olah langkah kembali ke masa lalu”.

Sumber : Instagram @ajplus

Author

Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending